Wednesday 2 August 2017

SAIN ISLAM TENTANG TAFAKUR


TAFAKUR
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan (TAFAKUR) tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Surat 'Āli `Imrān - Ayat 191)

Kerana budaya label - melabel (kafir, syirik, bid'ah) umat Islam terperosok dalam kebodohan mengikut acuan kebanyakan ulamak - ulamak akhir zaman yang ekstrem & ingin mencari nama ditengah masyarakat.

Meditasi atau Tafakkur berasal dari kata TAFAKKARO yang bererti merenungkan atau memikirkan dengan bersungguh-sungguh.

Tafakur ditafsirkan sebagai meditasi kerana situasi meditasi melahirkan ketenangan (mengabaikan sekeliling) dalam keadaan fokus & tenang serta sesuai untuk memikirkan tentang kebesaran Allah.

Tiada perlakuan yang lebih baik boleh dirujuk untuk suasana berfikir yang kondusif selain ketika bertafakur.

Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

“Bertafakkur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”

Abu Darda’, seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakkur.”

Tafakur telah diamalkan sejak zaman - berzaman & tiada kena - mengena & bukan milik mutlak agama BUDDHA atau HINDU seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Perasaan fobia (takut menjadi sesat kerana bertafakkur) telah ditanam di dalam minda oleh ulamak ekstrem supaya umat lebih jauh daripada memahami tentang keagungan Maha Pencipta. Apabila menghadapi masalah hidup (akibat tiada ketenangan dalam hidup) mereka akan kembali berlari mendapatkan ulamak - ulamak ekstrem tersebut.

MANFAAT TAFAKUR :

Kajian saintifik membuktikan kegiatan tafakur amat bermanfaat untuk memberi ketenangan minda, kesihatan tubuh badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan emosi, meningkatkan kreativiti, kecerahan dalam berfikir, menajamkan fikiran & 1001 manfaat lain.

Ia adalah kunci membangkitkan potensi spiritual dalam diri seseorang.

SESUATU UNTUK DIFIKIRKAN :

Tidakkah anda pelik, pengikut agama Buddha & Hindu yang asalnya menyembah Allah kini telah bertukar kepada polytheism (banyak Tuhan) masih mengamalkan tafakur ?

Pengikut agama samawi seperti Kristian & Yahudi juga masih mengamalkan tafakur ?

Rasulullah mengasingkan diri di gua Hira' juga bertafakur (merenung kebesaran Allah mengikut ajaran Nabi Ibrahim) ?

Nabi Ibrahim dalam pengembaraannya mencari Tuhan juga bertafakur (merenung kebesaran Allah mengikut ajaran Nabi & Rasul sebelumnya) ?

SETELAH KEDATANGAN ISLAM, AGAMA - AGAMA SEBELUMNYA TERBATAL KERANA TELAH DOKTRINNYA TELAH DISELEWENGKAN, TETAPI AMALAN TAFAKUR TIDAK MEMPENGARUHI KEISLAMAN SESEORANG (MENUKARNYA MENJADI BUDDHA ATAU HINDU) JIKA YANG DIRENUNG ADALAH KEBESARAN ALLAH!

*** MEDITASI BUKAN MILIK MANA - MANA AGAMA.

Dalil yang telah disalahgunakan / disalah tafsir oleh golongan ekstremis kerana sikap membuta-tuli & ingin mendapat perhatian umat :

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih. Ahmad)

JAWAPAN (HUJAH) :

Meditasi bukan milik mana - mana kaum atau agama.
Cuma majoriti penganut agama tertentu masih mengamalkannya kerana manfaat spiritual, fizikal & emosi yang mereka perolehi sejak zaman - berzaman daripada tafakur (meditasi). Perkara yang dilarang meniru kaum kafir hanyalah perkara-perkara yang melibatkan cara ibadah & kepercayaan kaum kafir tersebut.

Hadis tersebut tidak boleh digunakan untuk mengharamkan amalam tafakur.

UMAT ISLAM YANG TIDAK MEMAHAMI ERTI SYAHADAH MUDAH TERTIPU & DIPESONGKAN AKIDAH OLEH SYAITAN - SYAITAN DARIPADA KALANGAN MANUSIA & HAWA NAFSU SENDIRI ..

Kenali syahadah & saksikan kebesaran Maha Pencipta .. Syahadah lebih bermakna dan bertambah keimanan serta ketaqwaan !

Cubit cubit SayanG
Salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a Comment