Thursday 22 October 2015

TANDA TANDA KITARAN HAID WANITA & KEMANDULAN YANG DIGANGGU OLEH JIN

Tanda Tanda Kitaran Haid Wanita Dan Kemandulan Yang Diganggu Oleh jin|Perempuan adalah tempat paling sesuai dan yang paling di sukai oleh jin dan iblis.Rasulullah S.A.W bersapda dalam hadis yang berbunyi.

"sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah daripada cakaran dan tendangan iblis dalam rahim seorang wanita"

Kenapa iblis cakar rahim seorang wanita?

Pada umur seorang wanita 18 tahun(dewasa) ia akan di ganggu oleh iblis,jin dan iblis tidak mahu tengok ummat Nabi Muhammad Bertambah ramai di atas bumi ini.iblis akan mengganggu wanita dengan kitaran Haid yang tidak teratur sehingga mengakibatkan pendarahan dan merosakkan rahim wanita.

Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.

Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas.Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian.Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal.

Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi.

Sebab sebab kemandulan
padahal sudah puas berubat kedoktor pakar namun tetap masih tidak berhasil.

jawaban pertama:
Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

mandul lelaki berpunca dari pada beberapa sebab termasuk terlalu banyak onani ketika muda selepas ia kahwin airmaninya sudah tidak cukup segar untuk di senyawakan dimana ia bergantung pada saluran priduktif dan ovari.

mandul perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul.

Jawaban kedua:
Kemandulan itu dibahagikan menjadi dua
iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Dan ada jugak kisah yang diriwatyatkan oleh nabi SULAIMAN
tentang ganguan jin pada seseorang yang mengalami keguguran :

KISAHNYA :
Dipagi hari kedua rakyatnya dari kalangan manusia, hendak menghadap NABI SULAIMAN untuk mempertanyakan kejanggalan pada hatinya.

Begitu menghadap hambanya bertanya

Hamba : Ampun ya baginda sulaiman...
saye hendak bertanya kepada tuanku
apakah keguguran istri saya adalah akibat gangguan jin yang duduk dalam rahim istri saya dan adakah obatnya.

Sulaiman : Nabi sulaiman terdiam karna tidak tahu akan menjawabnya. Dan kemudian kedua rakyatnya disuruh datang esok. untuk mendapat jawaban itu.

Nabi sulaiman lantas menyuruh hambanya yaitu raja dari golongan jin menghadap beliau.Raja jin terperanjat ape bila dapat arahan menghadap Nabi sulaiman.
dengan sepantas kilat raja jin menghadap beliau dengan ketakutan karna tak tau apa kesalahannya.

Raja sulaiman : Wahai raja jin, aku hendak bertanya kepadamu.
Apakah keguguran atau orang susah mendapat anak adalah ulah dari kaum dan golonganmu dan adakah obatnya.

Raja jin : Ampun ya baginda sulaiman..
Ada 3 sebab knp wanita , keguguran atau tidak punya anak.

1. Benar ya baginda, terkadang ada juga dri golongan jin duduk pada rahim perempuan.. atau kemaluan laki laki. Dan membuat susah punya anak dan yang duduk dirahim.Dia akan makan benih yg akan jadi anak itu.obatnya adalah dengan rawatanatau jumpa orang yg boleh kluarkan jin tersebut.

2 . Dalam rahim ada sejenis cairan kuning atau penyakit sehingga benih tidak dapat hidup obatnya herba herba yg boleh merawat penyakit dalaman wanita.

3..Karna rahim dia terbalik, atau berubah pasisi obatnya boleh dgn urutan untuk membetulkan tempat kedudukan rahim tersebut.

Raja sulaiman : Baik raja jin, trima kisih atas
jawabanmu dan kamu boleh kembali ketempatmu.

keesokan harinya kedua rakyatnya menghadap kembali pada nabi sulaiman untuk meminta jawaban tersebut.Dan nabi sulaiman memberi tahu tentang 3 perkara itu.kepada kedua rakyatnya itu.

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Kebiasaannya tanda-tanda dibawah ini adalah tanda-tanda mereka yang mempunyai masalah gangguan jin saka atau keturunan, walaubagaimanapun ini hanyalah panduan semata-mata, untuk mendapatkan kepastian lanjut sila buat pemeriksaan dengan perawat-perawat yang berpengalaman merawat dengan kaedah rawatan Islam.

- Penyakit yang sama menimpa kebanyakan kaum keluarga, seperti adik-beradik, ibu atau bapa, datuk atau nenek, pakcik atau makcik, dan sepupu-sepupu, seperti gatal-gatal, penyakit kulit, asma dan kanser.

- Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk, jatuh yang kuat akibat bersukan)

- Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

- Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

- Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

- Ada yang menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

- Boleh menghadirkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.

LAGI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

TANDA-TANDA KETIKA JAGA :

• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
• Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
• Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur•

TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.

• Mimpi yang menakutkan
• Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
• Bermimpi berjalan di atas air atau darah.
• Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
• Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
• Kerap terjaga tidur di waktu malam.
• Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
• Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
• Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
• Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

Sila hub kami

MASTER AJIE 
Call/whatsapp
0192873134
0162007768

Cubit Cubit Sayang
Salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH