Friday 1 January 2016

SAKA KETURUNAN LELUHUR

KONSEP SAKA

Istilah saka mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. 

Ada yang melenting bila dikatakan mewarisi saka, dan ada yang menerimanya dengan hati terbuka. Ramai yang tertanya-tanya benarkah ianya wujud dan tidak kurang juga yang tersalah faham tentang istilah ini. 

Kamus Dewan mentakrifkan saka sebagai leluhur (keturunan) daripada sebelah emak; manakala saka baka pula ialah leluhur daripada kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa. Dalam kalangan pengamal perubatan tradisional dan komplementari, saka merupakan istilah yang digunakan untuk makhluk halus (jin dan syaitan) yang diwarisi dari keturunan. 

Konsep saka ini bukan hanya terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu sahaja, tetapi juga dikesan dalam beberapa bangsa lain dengan istilah yang berbeza. Sebagai contoh di Sudan, ia dikenali sebagai mangu, iaitu semangat atau roh yang diwarisi dari ibu dan bapa. Di Sri Lanka, ia dikenali sebagai mala yakā (the inferior spirit of a dead ancestor). Dalam masyarakat Cina, India dan masyarakat Orang Asli pula, mereka percaya bahawa roh nenek moyang yang tidak disemadikan dengan sempurna akan kembali mengganggu anak cucu.

Dalam Al-Quran, memang tiada istilah saka digunakan, tetapi perbuatan meminta perlindungan dari jin dan syaitan, atau menjadikannya sahabat, khadam, pendamping ada dinyatakan dalam surah Al-Jinn ayat 6: ”Dan bahawa sesungguhnya adalah beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”

Apabila manusia memohon perlindungan dari jin atau syaitan, maka mereka akan segera datang untuk memenuhi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mereka iaitu menyesatkan anak Adam. Ada yang datang dan memasuki hati manusia lalu menimbulkan perasaan was-was, benci, dendam dan permusuhan antara manusia. 

Kebiasaannya, jenis sebegini datang silih berganti dan keluar dari tubuh manusia. Namun, di sana, terdapat jenis jin dan syaitan yang akan tinggal berdampingan dengan manusia, menjadi qarin dan sahabat manusia, tinggal dalam tubuh manusia, makan, minum dan kencing dalam tubuh dan kediaman manusia. 

Jenis ini bukan sahaja menimbulkan penyakit pada hati dan rohani, malah akan turut menyakiti tubuh jasmani manusia. Ia juga akan turut mengganggu anak cucu dan pasangan seseorang setelah kematian orang itu. Makhluk ini bukanlah diwarisi secara sukarela, tetapi mereka berpindah kepada keturunan berikutan dendam kesumat mereka kepada anak Adam. Inilah makhluk halus yang dipanggil saka dalam kalangan masyarakat Melayu.

BAGAIMANA SAKA DIWARISI
Makhluk jin dan syaitan ini datang mendampingi manusia melalui beberapa cara. Ada sesetengahnya berlaku dengan disengajakan dan ada yang berlaku tanpa disedari dan tanpa kerelaan kita. 

Pewarisan saka secara sedar biasanya dilakukan melalui upacara tertentu seperti akad atau melalui pewarisan sesuatu barang yang menjadi simbol perjanjian antara mereka seperti keris, barangan kemas, barang hiasan tembaga dan atau apa sahaja yang menjadi milikan tuannya. Sekiranya seseorang waris menolak pewarisan khadam ini, maka makhluk ini akan menimbulkan gangguan kepada waris tersebut berupa penyakit-penyakit misteri. 

Gangguan juga boleh berlaku sekiranya tuan punya khadam atau warisnya melanggar pantang larang perjanjian seperti tidak menyediakan jamuan (ancak) atau tidak mengasapkan senjata dengan kemenyan pada waktu tertentu dan sebagainya.

Ada ketikanya gangguan saka ini berlaku tanpa disedari. Ini berlaku kerana keghairahan kita mengejar kehebatan dan ganjaran dunia tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antaranya ialah melalui:

1.      Ilmu dan amalan kebatinan yang menyeleweng.
Seseorang yang menuntut ilmu kebatinan seperti ilmu kebal, ilmu ghaib, ilmu seri muka dan seumpamanya akan mempunyai risiko diganggu makhluk halus. Makhluk halus ini datang kerana upacara yang dilakukan oleh pengamal tersebut melalui pelbagai amalan tertentu seperti bertapa, bacaan mantera atau ayat-ayat tertentu dalam waktu tertentu, amalan pati geni dan sebagainya. 

Mungkin semasa hayatnya, tiada apa-apa berlaku. Tetapi, menjelang akhir hayatnya, terutama ketika sakaratul maut, makhluk halus ini akan menagih balasannya. Selepas meninggal, saka ini akan mencari keturunannya pula.

2.Khidmat rawatan menggunakan makhluk halus.
Seseorang yang mendapatkan rawatan dari perawat yang menggunakan makhluk halus sebenarnya telah membuka ruang kepada khadam perawat tersebut untuk memasuki dan menyerap dalam tubuhnya. Rawatan ini biasanya melibatkan upacara yang aneh dan pelik seperti menurun, main puteri, tok bageh, bedah batin, ulek mayang, alin telur dan yang seumpamanya. 

Begitu juga perbuatan menggantung atau menyimpan sebarang tangkal, azimat, wafaq atau barang berpuja yang dibekalkan oleh perawat tersebut boleh mengundang gangguan kepada diri dan kediaman mangsa.

3.Memagar atau mendinding rumah dengan cara yang berlawanan syariat.
’Harapkan pagar, pagar makan padi’. Begitulah perbuatan memagar kediaman dengan cara yang salah. Ia sebenarnya menjerumuskan penghuni kediaman kepada gangguan makhluk halus. 

Ini kerana yang ditugaskan untuk menjaga rumah bukanlah malaikat tetapi makhluk-makhluk halus yang lambat laun akan menjahanamkan keharmonian rumahtangga. Apabila tuan rumah meninggal dunia, makhluk yang menjaga rumah tersebut tetap mendiami rumah tersebut dan menimbulkan gangguan kepada penghuni dan keturunannya.

4.Menyimpan barang-barang berunsur khurafat.
Seseorang yang menyimpan barangan yang pernah menjalani suatu upacara khusus seperti keris yang dipuja, tombak yang dimandikan darah; atau batu permata yang dikatakan diambil dari alam ghaib; atau barang perhiasan seperti tepak sirih yang diwarisi dari pengamal ilmu-ilmu khurafat; atau barang kemas yang diwarisi secara turun temurun dengan syarat-syarat tertentu, maka besar kemungkinan ianya boleh menimbulkan gangguan misteri. Melalui pengalaman penulis, barangan tersebut biasanya dihuni dan dijaga oleh makhluk halus ini.

TANDA2 GANGGUAN SAKA

Tanda2 ini  hanya terdapat  pada  gangguan SAKA  sahaja.

Ketika  Tidur.

    Bermimpi  menyusukan bayi.
    Bermimpi  dikelilingi  kanak2.
    Bermimpi  ahli  keluarga  yang  telah  meninggal  dunia.
    Bermimpi  rumah lama / rumah  pusaka  atau kampung halaman.
    Bermimpi  jatuh  dari  tempat  tinggi dan terkejut.
    Bermimpi  berada  di tempat  kotor  atau  kawasan  perkuburan.
    Bermimpi  berada  ditempat sunyi  dan  menyeramkan.
    Bermimpi  melakukan hubungan  kelamin  dengan orang  tidak dikenali.
    Bermimpi  ada seseorang  ingin atau  memberi sesuatu didalam mimpi.
    Bermimpi  berjumpa  seorang  lelaki tua, berjanggut,  berjubah dan  menyatakan  siapa  dirinya.
    Bermimpi  berjumpa  seorang  puteri  yang  cantik  dan  menyatakan  siapa  dirinya.
    Bermimpi  di bawa kealam  jin.
    Bermimpi  dibawa  berjumpa nenek / moyang .( nenek / moyang  yang di ketahui ghaib  semasa  hidupnya)
    Bermimpi  orang  meminta  di adakan  jamuan  atau  makanan  khusus.
    Bermimpi  belajar  mengubat.
    Bermimpi  belajar  mengurut.
    Bermimpi  belajar  bersilat.
    Bermimpi  melihat  makhluk  halus.
    Bermimpi  buruk, seram  dan  menakutkan.
    Bermimpi  melihat atau bertemu seseorang  di mesjid, kuil atau gereja.
    Bermimpi  ditindih sesuatu dan meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
    Bermimpi  terlibat  dengan  kemalangan yang  membawa  kepada kematian.
    Bermimpi  jatuh  dari  tempat  tinggi  yang  membawa  kepada  kematian.
    Bermimpi menyusui budak kecil  dan terlalu sayang padanya.(pada wanita)
    Bermimpi di beri sesuatu dalam mimpi  apabila terjaga barang itu nyata betul ada.
    Bermimpi  bersalin setelah jaga,  anak  dalam kandungan telah  hilang.(pada perempuan  yang  sedang  mengandung )
    Ketika  tidur  Mengunyah gigi. (bunyi  gigi berlaga)
    Ketika  tidur  Duduk, berdiri atau berjalan.
    Ketika  tidur  Makan atau minum.
    Ketka  tidur  Ketawa, menangis dan menjerit.

Ketika  Jaga

    Sering  lalai daripada  mengingati Allah s.w.t.
    Sering  terjaga  pada waktu malam  dalam keadaan takut dan cemas.
    Sering  melatah.
    Sering  panik bila berdepan dengan masalah.
    Solat  hanya empat waktu gagal memenuhi  lima  waktu.
    Takut  untuk bersolat di mesjid tanpa  sebab.
    Perasaan takut  untuk melihat pengembumian seolah-olah dia yang  meninggal.
    Perasaan dan  semangat seperti di kawal / pegang  sesuatu.
    Berlaku  penceraian dikalangan saudara sebelah suami  atau  isteri  dan sering  bertukar suami  atau isteri. 
    Suka berada didalam tandas  pada waktu yang lama.
    Sukar  untuk  mengekalkan  persahabatan atau  perkerjaan.
    Sukar untuk tidur malam .
    Sukar  untuk  berkata2, lidah  kelu atau  gagap.
    Suka tidur pada waktu sianghari.
    Sentiasa  mengelak  dari  bertentangan  mata.
    Sentiasa  mengantuk terutama dalam majlis ilmu.
    Mata  sentiasa  merah  walaupun  cukup  tidur.
    Muka  sentiasa  bengis  atau  gerun.
    Terlalu Emosional  dan sensitif.
    Cemburu / iri hati /buruk  sangka.
    Boleh menilik sifat / peribadi atau sejarah seseorang.
    Boleh  melihat jin / makhluk halus secara terus.
    Suka  melakukan tabiat buruk seperti  malas dan degil.
    Suka  berangan2 dan  berkhayal.
    Suka  bertindak agresif dan liar.
    Terasa  rendah diri dan tidak berkeyakinan.
    Tidak  suka  bergaul  dan  kurang  suka  hidup  bermasyarakat.
    Halangan  dan  pembatasan  dalam  pekerjaan.
    Lemah tenaga batin atau nafsu selalu terangsang melampau.
    Duit selalu hilang dirumah tanpa sebab macam ada yang mencurinya.
    Duit  syiling  dalam  tabung atau beg duit senantiasa  bertambah.
    Apabila  mengasah seperti  pisau, parang  sukar  untuk  tajam. ( selalu atau  cepat  tumpul )
    Alat2  atau  barang2  dalam  rumah  selalu  di sembunyikan.
    Banyak  penyakit ketumbuhan  ganjil  pada badan.
    Anak  yang  lahir  mempunyai  kecacatan  seperti  sumbing  bibir,bonggol di belakang  badan atau cacat kaki  dan  tangan.
    Sukar  untuk di bawa  berubat / di rawat dan  sentiasa bersangka buruk  yang  suami  atau  isteri  hendak  membomohkannya.
    Penyakit  ganjil  yang di sahkan sebagai  kanser.
    Penyakit  genetik seperti  penyakit  jantung, darah  tinggi,  kencing  manis  dan  akan di warisi  kepada  anak  cucu.
    Bersifat pelupa dan was-was  keterlaluan.
    Nyanyuk  sebelum  waktunya.
    Susah  hendak  meninggal  dunia, nazak  berpanjangan.
    Mendengar bisikkan atau  tahu apa perkara yang akan berlaku.(seperti alamat)
    Terdapat  beras apabila bangun dari tempat duduk.
    Anak  hilang dalam kandungan  bila  sampai umur 5  bulan  keatas.
    Keinginan  untuk  memakai  baju  berwarna  kuning, hitam, putih atau hijau.
    Suka  makan daging  mentah atau separuh mentah.
    Kuat  makan tetapi  badan  tetap  kurus.
    Kerap  muntah adakalanya keluar  bersama batu aked.
    Alah  pada  bau  kemian  atau  setanggi.
    Kemurungan  berpanjangan  atau  suka  bersunyian  seorang  diri.
    Anggota  keluarga  selalu  di pindahkan tempat tidur.( dalam  bilik  ketingkat  bawah atau di tepi bilik mandi / tandas)
    Lampu  dipadam  ketika  sedang  mandi  pada  waktu  malam.
    Schizophrenia.
    Bipolar.
    Slip  disc.
    Suami atau  isteri  meninggalkan pasangan  malam pertama pernikahan sebab dilihat  pasangan  berwajah  orang  tua menakutkan.
    Suami isteri  berpisah  sebab  tidak  sekata  semasa isteri  mula mengandung  atau  melahirkan anak tak kira  yang pertama  atau  yang keberapa  sebab  memungkinkan anak  itu menjadi  rebutan  saka  dari kedua2  pihak  suami maupun  isteri

MASTER AJIE
019287314

PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a Comment