Wednesday, 30 December 2015

SAKA SAKA JENIS HEWAN

SAKA KETURUNAN


Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA HAIWAN (harimau/buaya)

SAKA HARIMAU
Pada kebiasaan saka jenis ini terdapat pada golongan berdarah JAWA/BUGIS. Pewaris yang menerima saka jenis ini kebiasaan akan sering mengalami sakit bahagian perut dan pinggang tanpa sebab yang berlarutan.Kadang-kadang juga pewaris berkebolehan mengurut dan perbidanan( perempuan).

Pewaris juga kebiasaanya boleh merawat beberapa jenis penyakit(BOMOH).Apabila dalam keadaan marah pewaris boleh bertindak luar kawal seperti pergaduhan dgn rakan mau pun keluarga. Kadang-kadang pewaris mempunyai sikap panas baran yang agak teruk.

Pewaris juga kebiasaan mempunyai sifat cintakan DUNIA yang amat tinggi. Pewaris saka juga ini juga mempunyai keinginan SEX yang tinggi tapi DAYA sex yang rendah.

Hampir kebanyakan pewaris akan lemah daya sex pada peringkat 35 tahun keatas. Saka jenis ini kurang mengganggu emosi pewaris cuba lebih kearah PERBOMOHAN.

Kadang kala pewaris menggemari seni pertahankan diri SILAT jenis harimau. Saka jenis ini juga kadang-kadang menyerang bahagian organ dalaman seperti PANGKRES dan RAHIM dan kebanyakkan pewaris akan mudah mendapat kencing manis dan buah pinggang.

SAKA BUAYA
Saka jenis ini kebiasaan berdarah BUGIS.Pewaris kebiasaan sering bermasalah bahagian kaki,punggung,bahu dan tengkok.

Pewaris sering mengalami masalah urat bersimpul-simpul dibahagian kaki dan KREM di bahagian kaki. Sendi lutut dan sendi buku lagi juga kerap bisa. Pada peringkat yang lebih teruk pewaris akan rasa saolah badannya dicemkam dari belakang sahingga ke bahu.

Di bahagian belakang badan saolah ada satu tali yang sgt bisa meliliti sahingga dada depan.Saka jenis ini diantara saka haiwan yang paling kuat dan tak ramai perawat dapat menyelesaikan saka jenis ini. Pewaris juga sering sakit kepala yang teruk.

Pewaris juga sering bermimpi melihat buaya ini berwarna putih dan emas. Jika dalam keadaan terdesak seperti diancam pewaris boleh bertukar saolah.olah menjadi buaya dan menggigit orang yang mengancamnya.

Ada juga pewaris yang mengalami rabun teruk daripada kecil. Dan lebih teruk kadang.kadang pewaris kelihatan sgt garang dan hodoh pada pandangan org sekeliling.Pewaris juga memiliki penyakit kulit seperti jerawat ,kurap,panau yang berpanjangan.

SAKA JENIS PENJAGA

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA MENJAGA JENIS PAHLAWAN

Saka jenis ini adalah diantara jenis yang terkuat diatara jenis jenis SAKA, saka ini akan menduduki badan seseorang dan cuba menguasai seseorang sepenuhnya tanpa si badan tidak sedari, biasa seseorang yang mewarisi saka jenis ini terasa dirinya saolah olah ada kelebihan seperti mengubat orang,firasat tinggi, dapat melihat alam ghaib dan pelbagai lagi, Sedangkan si badan sendiri badannya tidak berapa sihat dan sakit sakit dan macam-macam masalah kesihatan.

Pewaris juga sering dibayangkan tentang konon-konon mereka ada pangkat di alam ghaib, didatangi wali-wali dan boleh berbicara dgn wali-wali terdahulu di alam ghaib diantaranya PANGLIMA PERANG, LASAMANA, DATOK SHABANDAR ,RAJA ALAM GHAIB, PUTERI RAJA ,dan pelbagai lagi gelaran gelaran di alam GHAIB.

Semua ini KAMI gelarkan HALUSINASI. Pewaris tidak perasan mereka dipermainkan oleh SAKA tadi. Dan jenis SAKA ini kadang-kala tidak dapat dikesan oleh perawat-perawat.

Pewaris juga kerab terbawa-bawa sifat SAKA tadi seperti berpakaian ala perdekar suka pada barang lama seperti KERIS,KERAMBIT dan pelbagai senjata yang lama lama. Kadang-kadang mereka amat GAGAH dan kuat pada ZAHIRnya, tidak pernah sakit dan STAMINA yang agak tinggi walau tidak ada lakukan senaman apa-apa sekalipun tetapi mengalami masalah penyakit KEKAL separti kencing manis,darah tinggi dan kerosakan organ dalaman.

Kadang-kadang pewaris rasakan mereka amat beruntung dan berbakat dan disegani di alam ghaib, mereka juga mengatakan mereka dari keturunan yang baik -baik seperti PANGLIMA itu laa PANGLIMA ini laa.Keturunan raja dan sebagainya tetapi semua ini hanya permainan SAKA sahaja. Permaina SAKA amat halus dan licik kerana mereka sudah hidup lebih lama dari kita.

Bagi kami kita harus jadi DIRI kita sendiri bukan DIRI orang-orang dahulu. Kita hidup diabad 21.Kita seharusnya berfikiran moden mengikut arus zaman ini. Kita harus berfikiran lebih kereatif dan tajam demi untuk menempuh zaman yang lebih mencabar ini, bukan berfikiran lama seperti orang lama-lama dahulu. Ini zaman kita bukan zaman mereka jadilah DIRI kita di zaman kita ini.

Kami hanya menulis mengikut pengalaman kami sebagai perawat dan harap tidak ada yang terasa

MASTER AJIE
0192873134

Cubit Cubit SayanG
Salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a comment