Sunday 30 July 2017

SIHIR PENDARAHAN ( NADZIF )

Apakah sihir nadzif (pendarahan)?
Sudah namanya pun sihir pendarahan, ianya banyak terjadi khususnya kepada golongan wanita. Ciri-cirinya ialah anda akan sering mengalami pendarahan setelah berhentinya pengeluaran darah haid.

Kadang-kadang darah yang keluar tersebut akan berlanjutan selama berbulan-bulan. Dahsyatkan. Bagaimana caranya sihir ini berlaku? 

Jin yang dihantar untuk menyihir mangsa akan melakukan tindakan yang sangat jahat di mana ia akan masuk ke dalam tubuh badan mangsanya melalui saluran darah 

sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda, kemudian jin tersebut akan terus menuju ke rahim dan meloncat-loncat di situ sehinggalah pembuluh darah pecah dan mengakibatkan pendarahan.

Banyak kes-kes sihir nadzif ini yang mengalami pendarahan yang kronik, keguguran berulang dan sakit yang berlebihan ketika haid sembuh dengan izin Allah selepas melakukan rawatan. Ini kerana jin sihir yang menggangu mangsa akan keluar setelah diruqyah.

Perkara ini telah pun diterangkan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Hamnah binti Jahsyin. Hadisnya adalah seperti berikut:
“”Aku pernah mengalami Istihadhah, darah yang keluar itu sangat banyak. lalu aku datang kepada Nabi SAW untuk meminta fatwa kepadanya.

Maka Baginda bersabda
: Sesungguhnya darah itu akibat hentakan dari syaitan. Jalanilah masa haidmu selama enam atau tujuh hari, kemudian mandilah. Jika kamu telah melihat bahwa dirimu telah suci dan bersih, maka solatlah pada Dua puluh empat atau dua puluh tiga hari berikutnya ( pada masa suci ) serta puasalah.

Cara seperti itu yang boleh kamu lakukan. Di samping itu, lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh wanita-wanita yang menjalani masa Haid setiap bulannya.” [HR. At – Tirmidzi dan beliau menshahihkannya]

jika anda mengalami perkara perkara diatas sila hubungi kami

Master ajie
Call/Whatsapp
0192873134

No comments:

Post a Comment