Thursday, 27 July 2017

SAKA BERANTAI

Saka berantai ada sejenis gangguan jin menganggu hampir menyeluruh pada sesebuah keluarga , saka ini ada pelbagai jenis keilmuanya di antaranya jenis pendekar, jenis perubatan ,jenis penjaga dan pelbagai lagi.

Saka jenis amat susah hendak dirawat kerana saka utama atau raja bagi saka ini sukar di kesan, kebiasaanya ia ada pada badan sesorang yang paling tua seperti datuk dan nenek pesakit.

Dalam beberapa kes yang kami temui ,pesakit berubat hampir berpuluh puluh tempat dan mengambil masa masa bertahun-tahun menderita akibat dari gangguan ini.

Gangguan jenis ini kami ibaratkan , satu jenis kerajaan yang menpunyai raja,menteri dan hulubalang-hulubalangnya.
kadang kadang pesakit hanya di ganggu dari jenis hulubalangnya , dan pesakit pergi merawat manakala perawat mampu mengeluarkan gangguan tersebut. Dalam masa beberapa minggu saja Raja dari kerajaan saka ini akan melahirkan hulubalangnya yang baru dan pesakit akan mudah di ganggu kembali.

Adakala juga , bagi si badan yang di tumpangi ketua atau raja kepada saka ini tidak mendapat sakit atau pun ganguan tetapi anak-anak dan cucu mereka yg teruk merasakan gangguan ini.

Ada juga di antaranya pesakit yang di mana dalam proses rawatan, makhluk dalam badan nya tidak mampu di kalah kan oleh perawat kerana makhluk tersebut berhubung si raja saka meminta bantuan demi bantuan dan ia dapat bertahan dari serangan dari pihak perawat..

Jadi adalah di sarankan bagi yang ada ganguan jenis ini bersabar dalam mencari perawat dan juga adalah lebih baik jika satu keluarga di rawat serentak..

Ini hanya hasil coretan dari pengalaman KAMI,

MASTER AJIE
CALL/WHATSAPP
0192873134

PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a comment