Thursday, 27 July 2017

SAKA PENJAGA ATAU PAHLAWAN

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA MENJAGA JENIS PAHLAWAN

Saka jenis ini adalah diantara jenis yang terkuat diatara jenis jenis SAKA, saka ini akan menduduki badan seseorang dan cuba menguasai seseorang sepenuhnya tanpa si badan tidak sedari, biasa seseorang yang mewarisi saka jenis ini terasa dirinya saolah olah ada kelebihan seperti mengubat orang,firasat tinggi, dapat melihat alam ghaib dan pelbagai lagi, Sedangkan si badan sendiri badannya tidak berapa sihat dan sakit sakit dan macam-macam masalah kesihatan.

Pewaris juga sering dibayangkan tentang konon-konon mereka ada pangkat di alam ghaib, didatangi wali-wali dan boleh berbicara dgn wali-wali terdahulu di alam ghaib diantaranya PANGLIMA PERANG, LASAMANA, DATOK SHABANDAR ,RAJA ALAM GHAIB, PUTERI RAJA ,dan pelbagai lagi gelaran gelaran di alam GHAIB. Semua ini KAMI gelarkan HALUSINASI.

Pewaris tidak perasan mereka dipermainkan oleh SAKA tadi. Dan jenis SAKA ini kadang-kala tidak dapat dikesan oleh perawat-perawat. Pewaris juga kerab terbawa-bawa sifat SAKA tadi seperti berpakaian ala perdekar suka pada barang lama seperti KERIS,KERAMBIT dan pelbagai senjata yang lama lama. Kadang-kadang mereka amat GAGAH dan kuat pada ZAHIRnya, tidak pernah sakit dan STAMINA yang agak tinggi walau tidak ada lakukan senaman apa-apa sekalipun tetapi mengalami masalah penyakit KEKAL separti kencing manis,darah tinggi dan kerosakan organ dalaman.

Kadang-kadang pewaris rasakan mereka amat beruntung dan berbakat dan disegani di alam ghaib, mereka juga mengatakan mereka dari keturunan yang baik -baik seperti PANGLIMA itu laa PANGLIMA ini laa.Keturunan raja dan sebagainya tetapi semua ini hanya permainan SAKA sahaja. Permaina SAKA amat halus dan licik kerana mereka sudah hidup lebih lama dari kita.

Bagi kami kita harus jadi DIRI kita sendiri bukan DIRI orang-orang dahulu. Kita hidup diabad 21.Kita seharusnya berfikiran moden mengikut arus zaman ini. Kita harus berfikiran lebih kereatif dan tajam demi untuk menempuh zaman yang lebih mencabar ini, bukan berfikiran lama seperti orang lama-lama dahulu. Ini zaman kita bukan zaman mereka jadilah DIRI kita di zaman kita ini.

Kami hanya menulis mengikut pengalaman kami sebagai perawat dan harap tidak ada yang terasa.

Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut :-

Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
Sesak nafas atau mengah
Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita.

Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.

Diantaranya lagi :

1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.

2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.

3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.

5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.

6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.

7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.

8) Nyanyuk ketika usia tua.

9) Panas baran.

10) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.

11) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

12) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.

13) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

14) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan ini dapat kita  ambil sebagai satu inspirasi untuk perubahan pada masa akan datang.

CALL/WHATSAPP
0192873134
MASTER AJIE

No comments:

Post a comment