Thursday, 27 July 2017

SIHIR PEMISAH

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.

Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Sihir ini kadang kala dilakukan oleh jin yang cinta kepada suami atau isteri kerana tidak ingin pasangan tersebut hidup bahagia. Pelbagai gangguan akan dilakukan untuk memisahkan suami dan isteri. Kadangkala pesakit akan dikenakan sihir jerutan sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa, dimasukkan atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi.

Hakikat Sihir Pemisah Suami Isteri Menurut Pandangan Para Ulama

Imam Abul Hasan Al-Asy'ari rahimahullah mengatakan: “Kami meyakini sihir dan tukang sihir benar-benar ada di dunia ini. Dan kekuatan sihir merupakan kenyataan.” (Al Ibanah 'an Ushulid Diyaanah hal. 54)

Imam Qurthubi rahimahullah mengatakan: “Ahlus Sunnah telah berpendapat bahawa sihir itu telah pasti ada dan memiliki hakikat. Seandainya sihir itu tidak memiliki hakikat, maka tidak mungkin untuk dipelajari dan juga Allah Ta'ala tidak akan memberitahukan bahawa mereka mengajarkan sihir itu kepada umat manusia.” (Tafsir al-Qurtubi II / 46)

Imam Al-Maziri rahimahullah berkata: “Sihir merupakan suatu hal yang tetap dan mempunyai hakikat, dan mempunyai pengaruh terhadap diri orang yang disihir. Allah Taala telah menyebutkan di dalam kitab-Nya bahawa sihir itu dapat dipelajari dan bahkan dapat menyebabkan seseorang menjadi kafir, serta boleh juga memisahkan pasangan suami isteri.” (Zaadul Muslim IV/225)

Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah mengatakan: “Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, antaranya ada yang boleh mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri isterinya, memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci satu sama lain atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.” (Al-Mughni, 10/104)

Tanda-tanda rumahtangga terkena sihir/gangguan jin mengikut pengalaman perawat:

1. Isteri atau suami berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke
        rumah.

2. Sering bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

3. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

4. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di
        dalam dan di sekitar rumah.

5. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya
        seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

6. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku
        pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

7. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau
        sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak
        menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

8. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut
         mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau
         sebaliknya.

9. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia
         syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian.
         Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk
         berhampiran ataupun tidur sebilik.

10. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di
        sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah
        atau berada jauh dari pasangan.

11.  Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami
         dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami
         melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan
          semuanya serba tak kena.

12.  Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang
          jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang diai telah melafazkan cerai,
          padahal dia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz
          cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari
          dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang
           meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam
           keadaan tidak dapat mengawal diri.

"Maka mereka mempelajari daripada kedua malaikat itu apa yang boleh mereka gunakan untuk menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka (ahli sihir) itu tidak dapat memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah" [Al-Baqarah : 102].

Wallaahu khairul musta'an...

MASTER AJIE
0192873134
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a comment