Wednesday 20 November 2019

SAKA HARIMAU

APAKAH SAKA !!

 Saka adalah makhluk halus yang dipelihara oleh orang dulu2 (biasanya) untuk menjaga rumah, tanah kebun dan keluarga. saka juga boleh jadi melibatkan ilmu atau barang barang pusaka seperti keris, tombak, batu atau pun lain lain yang melibatkan unsur jin dan makhluk halus atau pun kadam.



Antara saka yang dikatakan paling kuat ialah saka harimau. Saka harimau dikatakan boleh menjelma dan menukar rupanya dan menyerang sesiapa saja mengikut arahan tuannya.

Saka ni akan terus berdamping dengan pemiliknya, dan akan kekal selagi tidak dilepaskan secara rasmi. Saka biasanya mengadakan perjanjian darah dengan pemiliknya, bermakna perjanjian hingga ke seluruh keturunan.




Saka diturunkan, biasanya melalui dua cara. 

Pertama: dengan peralihan hak saka dari generasi di atas kepada generasi di bawah. Misalnya dari seorang ayah kepada anaknya, dan anaknya hendaklah sanggup untuk menerima saka tersebut. Biasanya sebelum meninggal pemilik saka akan mewariskan saka kepada keturunannya. 

Cara kedua ialah secara tidak langsung, samada apabila pewaris ini menerima barang-barang tinggalan ayah/datuk/moyangnya, atau saka tersebut mencari keturunan di bawah untuk menjadi tuannya mengikut perjanjian darah tadi.



Pemilik saka dikatakan mesti menjaga sakanya dengan baik, atau saka itu akan ‘makan tuan’. Pemilik saka ni biasanya panas baran dan tidak dapat berfikir panjang kerana ‘panas’ saka yang ada dalam dirinya.

Disebabkan saka ni boleh turun secara tak langsung, ramai yang tak sedar yang mereka mempunyai saka. Antara ciri2 pemilik saka ialah:

– sering berasa tidak tenang, gelisah, takut.
– terganggu dalam solat dan ibadah.
– fikiran sering menerawang tanpa kawalan.
– tidur yang terganggu/susah nak tidur.
– sering bermimpikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia



Walau bagaimana pun, tak semua ciri2 di atas adalah disebabkan saka. Kalau rasa ada mengalami benda2 di atas, tak boleh terus anggap ia adalah saka. Mesti cari penyelesaian lain dulu.

Perbuatan berdamping dengan saka adalah amalan syirik dan bertentangan dengan agama. Jadi sekiranya didapati ada saka yang ‘menumpang’, eloklah dibuang cepat2. Saka boleh dibuang oleh pengamal2 perubatan alternatif yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tak semua pengamal alternatif (perawat2 berkaitan jin, sihir, etc.) dapat membuang saka.

Walau bagaimanapun, janganlah kita bengang/marah/kutuk orang2 tua kita yang memelihara saka (walaupun jelas nyata perbuatan bertentangan dengan agama. Boleh jadi keadaan masa itu amat mendesak, maklumlah zaman itu mana ada pasukan polis semua, jadi salah satu usaha untuk menjaga anak isteri ialah dengan memelihara saka. Masa tu pun mungkin pengetahuan tentang agama amat kurang. Tapi bila saka tu dah sampai kepada kita, janganlah kita teruskan lagi. Buang saja.



Sebenarnya bila bercakap tentang saka ni, tak semua orang boleh terima. Maklumla, zaman dah moden kan. Walau bagaimanapun jin itu memang wujud. Nabi Sulaiman mempunyai pekerja2 dari golongan jin. 

Di dalam al-Quran banyak disebut tentang Jin, sependek2 surah an-Nas, dan juga terdapat satu surah namanya surah al-Jin. Mereka adalah makhluk Allah juga, tapi mereka tidak berkuasa. Cuma jadi powerful sebab kita ni sejak kecil dah ditakut-takutkan dengan momok, hantu, jin toncet dan sebagainya.

Namun kalau mengalami masalah2 berkaitan emosi, perasaan ni, sebaiknya berjumpalah yang pakar. Jumpa doktor dulu untuk pastikan tak ada masalah berkaitan fizikal mahupun psikologi. 



Maklumlah kadang2 orang yang mengalami masalah dengan otak (brain) akan mengalami perkara2 macam halusinasi, schizophrenia dan pelbagai penyakit psikologi yang dapat diselesaikan dengan kaedah perubatan dan terapi. Namun sekiranya dah disahkan tidak mengalami apa2 masalah dari segi medikal, cepat2 dapatkan perawat alternatif yang benar2 patuh syariah. 

Dan dikarnakan begitu banyak perawat perawat yang ada tetapi belum tentu perawat itu mampu setlekan masalah atau clearkan saka tersebut dalam badan kita. Lebih baik bagi pesakit yang ingin mencari yang berkesuaian dengan kita, maka mohonlah petunjuk terlebih dahulu sebelum melakukan atau deal dengan perawat tersebut dengan cara sholat hajad atau istiharah.



Kenapa harus mohon petunjuk karna sebaik baik jalan adalah sebaik baik yang berpetunjuk baik memcari perawat, ilmu, belajar agama atau pun hal lain lain.

Dan sila hub kami untuk mendapat rawatan dan info lebih lanjut pasal rawatan saka, sihir dan lain lain.

MASTER AJIE ( 0192873134 )

https://masterajie.wasap.my/

https://masterajie.wasap.my/

https://masterajie.wasap.my/

https://masterajie.wasap.my/

PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a Comment