Tuesday, 21 May 2019

SIHIR RUMAH TANGGA


Asalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum kita kupas dan bahas lebih lanjut, kita harus tau dan paham dahulu mengenai tajuk yang akan kita terangkan untuk kali ini.

Yaitu APA ITU SIHIR

Dari wikipedia bahasa adalah Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu yang kebiasaannya merujuk pada ilmu hitam.

Contohnya menyakiti seseorang, mempengaruhi untuk suka dan mencintai atau benci, bergaduh (berkelahi) yang sifatnya untuk memisahkan, membuat takut, membuat gila dan hilang kewarasan dan berbagai bagai lagi tergantung pada niat mau seperti apa.



Sihir umum disebut dalam agama islam, tetapi banyak lagi nama nama yang merujuk pada sihir yang sebutannya berlainan mengikut pada bangsa , suku dan budaya, seperti, guna guna, santet, teluh, santau, pelalau, layaran, pukau, tuju tuju, gendam, voodoo, black magic dan berbagai nama lain. Yang kenyataannya padahal benda yang sama,hanya lain lain sebutan sahaja mengikut pada kaum, bangsa dan negaranya.

BARANG BARANG KEPERLUAN SIHIR


untuk pelaksanaan sihir biasanya memerlukan barang peribadi dari calon korban yang akan disihir tergantung pada jenis dan sihir yang akan dibuat, karna jenis yang berlainan maka syarat barang pun berlainan seperti :


- Pakaian baju atau seluar panjang

- Seluar dalam atau pun bra

- Gambar

- Rambut

- Kuku

- Nama lengkap dengan nama kedua orang tua

- Tarikh lahir ( tempat tanggal lahir )

- Hari kelahiran mangsa

- Air ludah 

- Tanah lepas kita pijak

- Darah haid atau datang bulan yang biasa dibuang di seluar dalam wanita ketika haid

- Tanah dari rumah mangsa



PENGHANTARAN SIHIR


Penghantaran sihir boleh melalui media apa pun agar dapat masuk dalam badan mangsanya tergantung pada jenis sihir yang digunakan dan niat tujuan seperti :


- Makanan

- minuman

- Minyak

- Hembusan angin (asap rokok)

- Pandangan

- Ditanam dirumah mangsa





Tetapi untuk kali ini, kita kupas dan bahas adalah SIHIR RUMAH TANGGA.

Apa itu sihir rumah tangga

Sihir pemisah atau rumah tangga tujuannya adalah untuk memisahkan atau membuat cerai berai dalam perhubungan keluarga, kawan, bisnis, jiran, tetapi yang banyak terkena atau digunakan adalah biasa untuk memisahkan suami istri. Yang selalunya berkaitan masalah peribadi, iri dan dengki, balas dendam, khianat, cemburu, kecewa, frustasi dan sebagainya

Kadang kadang kita tidak akan perasan yang hubungan dengan, suami istri, kawan, keluarga menjadi dingin dan berbicara sedikit menimbulkan emosi dan lastnya adalah pergaduhan tanpa sebab yang pemicunya hal kecil sahaja.



jadi apabila dah terasa lain macam, cepat-cepatlah bertanya pada perawat islam atau pun tradisional untuk mengetahui sebetulnya apa yang terjadi sehingga seperti itu, tujuannya agar tidak melarat dan mengakibatkan perceraian dan perpisahan baik suami istri, kawan atau keluarga.

Hadis (Riwayat Muslim) Dari Jabir r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: 

"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat )".

Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam. Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.



Dari ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.

Sihir biasanya akan menggunakan barang barang sebagai pelantaraan sihir ini sampai dan biasanya barangan ini berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian. Ada jugak yang menggunakan media air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.

Pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin atau belaan yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa bertindak membuat apa yang diinginkan adalah berjaya, Jin tersebut masuk dan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.



Antara simptom yang sering diberitahu pesakit yang terkena sihir rumah tangga ini adalah seperti berikut:

1. Hubungan yang intim tiba-tiba menjadi dingin dan asyik bertelagah sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah. 

2. Kadang jika jauh merasa rindu dan jika berdekatan akan jadi benci dan akan timbul pergaduhan dan perselihan yang puncanya hanya kecil sahaja.

3. Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.

4. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

5. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

6. Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik.

7. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

8. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena.

9. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat.

9. Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.

10. Sukar melakukan hubungan intim sebagai suami istri yang boleh istri berkepit, sakit time bersama, terasa longgar atau barang suami menjadi kecil dan boleh tak bangun.

Jadi bila anda mengalami keadaan keadaan seperti diatas baik yang sudah kawin atau belum. Maka rujuklah pada perawat atau orang yang mengerti akan bidang tersebut. 
       
Mudah mudahan info yang kami bagi ini dapat membantu dan memudahkan tuan puan bagi mencari atau memerlukan rawatan dari kami sila msg whatsapp saya 0192873134 MASTER AJIE & Apa apa kurang jelas sila saya.

Cubit Cibit SayanG
salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH




4 comments:

  1. DISINI, Anda langsung bisa coba dahulu dengan nominal deposit Rp 10.000,-kamu tidak akan menyesal bergabung dengan VITAPOKER. Selamat Bergabung dan Salam Jackpot !


    Promo Terbaru Poker Online – Promo Menjelang Ramadhan Pokervita 1440 Hijriah
    KLIK SINI LANGSUNG!!!


    Informasi Lebih Lanjut:
    | Whatsapp : +62 812-222-2996
    |lINK KAMI di : WWW.POKERVITA.VIP

    ReplyDelete
  2. Website Poker Vita menyediakan games terbaik dan terlaris seperti Texas Hold'em Poker, Capsa Susun, Bandar Poker, Domino QQ, Adu Q, dan Bandar Q.

    Promo Bonus Cashback Turn Over Harian Poker Vita
    Kini Semua Member Dapat Bermain Semua Games Online Kapan Pun Dan Dimanapun. Karena Kami Menyediakan Aplikasi Android Dan Iphone Sehingga Anda Dapat Bermain Poker Vita Di Smartphone Anda

    WA: 0812.2222.996
    www .pokervita .fun

    ReplyDelete