Monday 26 February 2018

KURSUS KEROHANIAN HIDUP SEHAT TANPA OBAT DENGAN TAFAKUR



Tafakur atau meditasi boleh didefinisikan sebagai perenungan tentang sesuatu perihal atau menumpukan perhatian terhadap sesuatu dalam KEHENINGAN. Secara teknikal, tafakur adalah satu praktik yang melibatkan pelepasan fikiran dan perasaan dari semua memori dan emosi berkaitan kemahuan dan permasalahan yang membebani kehidupan kita seharian. 

Yang dimaksud dalam KEHENINGAN prosesnya adalah DIAM, makna diam disini adalah :
Diam dari pada berkata
Diam dari pada mendengar
Diam dari pada melihat
Diam dari segala pikiran
Diam dari bergerak
Diam dari segi segala perbuatan badan. 
Dalam arti kata lain adalah tafakur ini adalah dengan mematikan seluruh pancaindera luaran seseorang sehingga benar-benar bebas daripada sebarang aktiviti pancaindera. Maka baru akan hidup panca indera kerohaniannya.




Melalui amalan tafakur dalam jangka masa tertentu, seseorang itu mampu mengalami proses pengsrtukturan rohani dan jasmani. Jesteru dalam keadaan yang lebih tenang, seseorang mampu menghayati segala analisa dan konklusi untuk menyingkapi seluruh tingkah laku dan permasalahan, seterusnya tindakan atau jalan penyelesaian yang wajar bagi setiap masalah kehidupan peribadi. Dalam keadaan fikiran dan emosi yang bebas daripada seluruh aktiviti, ternyata manusia tidaklah tidur, pengsan atau mati, sebaliknya berada pada tahap kesedaran yang paling tinggi.

Tafakur merupakan amalan rohani yang sinonim bagi setiap masyarakat. Merupakan juga amalan para anbiya dan para wali ketika bertahannuth atau bersuluk menyendiri dalam setiap jalan sufi mengenal diri. 




KEBAIKAN DARI SEGI IBADAH

Dari sudut ibadah, tafakur sebenarnya merupakan asas dalam ibadah yang mengajar seseorang untuk melepaskan ikatan duniawi dan sentiasa berkeadaan sederhana dalam pembawakan diri menyelusuri kehidupan. Kepentingan ibadah tafakur banyak diberi penekanan dalam pengukuhan rohani seseorang.

Syeikh Abdul Qadir Jailani menerusi kitab karangannya yang berjudul Sirrul Asrar telah mencatatkan mengenai Hadis Qudsi yang mana Rasulullah SAW telah bersabda,
"Tafakur sesaat lebih utama dari ibadah setahun" dan "Sesaat tafakur lebih utama daripada ibadah seribu tahun."

Tafakur bisa mengantarkan kita kepada kemuliaan dunia dan akhirat. Ka’ab bin Malik berkata, “Barangsiapa menghendaki kemuliaan akhirat, maka hendaknyalah ia memperbanyak tafakur.”

Tafakur termasuk amal yang terbaik dan bisa mengungguli ibadah. Ada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban berbunyi, “Bertakur sesaat lebih utama daripada ibadah setahun.” Kenapa begitu? Karena, bertafakur bisa memberi manfaat-manfaat yang tidak bisa dihasilkan oleh suatu ibadah yang dilakukan selama setahun.

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal sangat abid pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, ia menjawab, “Tafakur.” Dengan tafakur seseorang bisa memahami sesuatu hingga hakikat, dan mengerti manfaat dari yang membahayakan. Dengan tafakur, kita bisa melihat potensi bahaya hawa nafsu yang tersembunyi di dalam diri kita, mengetahui tipu daya setan, dan menyadari bujuk rayu duniawi.

Sayidina Ibn ‘Abbas berkata, “Sekelompok manusia bertafakur tentang Allah. Maka, Rasulullah Saw bersabda,
"Bertafakurlah tentang ciptaan Allah dan jangan bertafakur tentang Dzat Allah, karena kamu tidak akan dapat mencapai batas kekuasaan Allah yang sesungguhnya".”

Tafakur adalah pangkal segala kebaikan. Ibnul Qayyim berkata, “Berpikir akan membuahkan pengetahuan, pengetahuan akan melahirkan perubahan keadaan yang terjadi pada hati, perubahan keadaan hati akan melahirkan kehendak, kehendak akan melahirkan amal perbuatan. Jadi, berpikir adalah asas dan kunci semua kebaikan. 

Hal ini bisa menunjukkan kepadamu keutamaan dan kemuliaan tafakur, dan bahwasanya tafakur termasuk amalan hati yang paling utama dan bermanfaat sampai-sampai dikatakan, ‘Tafakur sesaat lebih baik daripada ibadah setahun’. Tafakur bisa mengubah dari kelalaian menuju kesadaran, dan dari hal-hal yang dibenci Allah menuju hal-hal yang dicintaiNya, 




DALIL AL’QURAN

Dalil dalam AL’QURAN yang selaras dengan maksud tafakur. “Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka menafakuri tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.’Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Qs Ali ‘Imran: 191).

Selari dengan praktik tafakur untuk melepaskan fikiran dan perasaan dari belenggu kehidupan, cara terbaik untuk bertafakur adalah dengan mematikan seluruh pancaindera luaran seseorang sehingga benar-benar bebas daripada sebarang aktiviti pancaindera.

Imam Ghazali dalam kitabnya Al Munqidz Min Al Dholal, telah mengutip sebuah ungkapan Imam Syafi’ie yang berbunyi,
“Lawanlah nafsu bicara dengan menutup mulut. Hadapilah persoalan pelik dengan tafakur.” 




DALIL HADIS

Diriwayatkan Thabrani dan Baihaqi. Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana untuk hampir dengan Allah.
Rasulullah bersabda kepada Saidina Ali : “Ya Ali, pejamkan kedua matamu, rapatkan kedua bibirmu, naikkan lidahmu ke langit dan berzikirlah kepada Allah sebanyaknya dalam qalbi."




MANFAAT TAFAKUR DARI SUDUT SAIN’S

Tafakur juga bermanfaat kepada seseorang dari sudut kesihatan fizikal sama ada secara langsung atau tidak. Salah satu manfaat tersebut adalah mempercepatkan proses penyembuhan bagi sebarang penyakit. Dari sudut fisiologi, tafakur adalah anti-stres yang terbaik.

Saat seseorang mengalami stres, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat, pernafasan menjadi lebih pendek dan cepat, dan kelenjar adrenalin akam mengeluarkan hormon stres. Dengan tafakur, denyut jantung akan kembali menjadi lambat, tekanan darah menjadi normal, pernafasan menjadi tenang, dan penghasilan hormon stres akan menurun.

Kajian daripada Universiti Wisconsin juga menunjukkan bahawa amalan tafakur melatih otak untuk menghasilkan lebih banyak gelombang Gamma, yang kerap dihasilkan saat seseorang merasa bahagia.

Dalam penelitian lain pula, mendapati bahawa amalan tafakur bermanfaat untuk mengatasi gangguan fungsi ginjal dengan mempertingkatkan penghasilan melatonin dan serotonin serta menurunkan hormon stres kortisol.

Dalam kajian saintifik membuktikan kegiatan tafakur amat bermanfaat untuk memberi ketenangan minda, kesihatan tubuh badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan emosi, meningkatkan kreativiti, kecerahan dalam berfikir, menajamkan fikiran & 1001 manfaat lain.

Ia adalah kunci membangkitkan potensi spiritual dalam diri seseorang.

Dr. Herbert Benson, seorang pakar jantung dari Universiti Harvard, juga pernah menggabungkan manfaat tafakur dengan perubatan barat moden. Ia menjelaskan tentang manfaat dari tafakur yang diamalkan seseorang secara konsisten mampu menyusun atur dan menambah baik fungsi kerja organ dan sel pada tubuh.




KERAGUAN KITA

Sebenarnya tafakur telah diamalkan sejak zaman - berzaman & tiada kena - mengena & bukan milik mutlak agama BUDDHA atau HINDU seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Perasaan fobia (takut menjadi sesat kerana bertafakkur) telah ditanam di dalam minda oleh ulamak ekstrem supaya umat lebih jauh daripada memahami tentang keagungan Maha Pencipta. Apabila menghadapi masalah hidup (akibat tiada ketenangan dalam hidup) mereka akan kembali berlari mendapatkan ulamak - ulamak ekstrem tersebut.




SESUATU UNTUK DIFIKIRKAN :

Tidakkah anda pelik, pengikut agama Buddha & Hindu yang asalnya menyembah Allah kini telah bertukar kepada polytheism (banyak Tuhan) masih mengamalkan tafakur ?

Pengikut agama samawi seperti Kristian & Yahudi juga masih mengamalkan tafakur ?

Rasulullah mengasingkan diri di gua Hira' juga bertafakur (merenung kebesaran Allah mengikut ajaran Nabi Ibrahim) ?

Nabi Ibrahim dalam pengembaraannya mencari Tuhan juga bertafakur (merenung kebesaran Allah mengikut ajaran Nabi & Rasul sebelumnya) ?

SETELAH KEDATANGAN ISLAM, AGAMA - AGAMA SEBELUMNYA TERBATAL KERANA TELAH DOKTRINNYA TELAH DISELEWENGKAN, TETAPI AMALAN TAFAKUR TIDAK MEMPENGARUHI KEISLAMAN SESEORANG (MENUKARNYA MENJADI BUDDHA ATAU HINDU) JIKA YANG DIRENUNG ADALAH KEBESARAN ALLAH!




MEDITASI BUKAN MILIK MANA - MANA AGAMA.

Dalil yang telah disalahgunakan / disalah tafsir oleh golongan ekstremis kerana sikap membuta-tuli & ingin mendapat perhatian umat :

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih. Ahmad)

JAWAPAN (HUJAH) :

Meditasi bukan milik mana - mana kaum atau agama. Cuma majoriti penganut agama tertentu masih mengamalkannya kerana manfaat spiritual, fizikal & emosi yang mereka perolehi sejak zaman - berzaman daripada tafakur (meditasi). Perkara yang dilarang meniru kaum kafir hanyalah perkara-perkara yang melibatkan cara ibadah & kepercayaan kaum kafir tersebut.

Hadis tersebut tidak boleh digunakan untuk mengharamkan amalam tafakur.
UMAT ISLAM YANG TIDAK MEMAHAMI ERTI SYAHADAH MUDAH TERTIPU & DIPESONGKAN AKIDAH OLEH SYAITAN - SYAITAN DARIPADA KALANGAN MANUSIA & HAWA NAFSU.




Jadi dalam kursus yang kami akan buat, kami terangkan bagaimana tafakur agar lebih jelas dan paham dan cara metode yang kami bagi dan telah kami kaji dan amalkan dan memberi dampak kesehatan dan seterusnya secara beransur ansur tidak tergantung dengan obat lagi. 

Dan cara yang kami akan bagi nanti ianya memang sesuai untuk seseorang yang terkapai kapai dalam ilmu atau perjalanan tasauf mengenal diri.

# Meningkatkan kesabaran (tidak mudah marah)
# Meningkatkan sifat kejujuran
# Meningkatkan rasa adil dan bijaksana
# Meningkatkan rasa kasih sayang
# Meningkatkan keseimbangan tubuh
# Meningkatkan konsentrasi dan kesadaran diri.
# Yang masih tercari cari dalam dirinya
# Yang sudah penat berpetualang dalam ilmu tapi tiada hasil dan bukti
# Yang hilang arah tujuan dalam ilmu
# Yang tersesat jalan karna salah langkah
# Yang penat berzikir tapi tiada perubahan
# Yang puas beramal tapi tidak tenang
# Yang mencari GURU MURSITnya dalam diri
# Yang sudah banyak beramal dan banyak guru tetapi , masih rasa ada kekurangan
# Yang sakit dan menghadapi masalah tetapi tidak menjumpai obatnya
# Yang tak jumpa cara mcm mana nak balikkan mahluk pada allah
# Yang menuju jalan ketuhanan mengenal diri

FIRMAN ALLAH: AKU TIDAK MENGUBAH NASIB SESEORANG JIKA MEREKA TIDAK MAHU MENGUBAHNYA.

PEMBUKAAN TENAGA ROHANI
SIRR JANTUNG & FUNGSINYA

Tempat        :  Pusat Rawatan Syahadah
                        No 45 Tpt 9 Taman puchong tekali
Tarikh           :  lihat page pusat rawatan syahadah
Hari /Jam     : Ahad jam 10 pagi sampai selesai


KANDUNGAN KURSUS
1. Penerangan kefahaman tentang Syahadah
2. Penerangan Jalan ihdina siratul mustakim 
    dalam diri
3. Pembukaan tenaga utama sirr jantung
4. Mengaktifkan 4 malikat utama setelah sirr      
     jantung terbuka yaitu jibril, mikail, isrofil, ijroil.         
5. Mengaktifkan 99 asmaul husna dalam telapak  
    tangan 
6. Pembangkitan tenaga al rodu dan albar     
     penjaga petir dlm badan
7. Pembagian 4 kunci diri:
        ~ ALIF LAM ROO ( JIBRIL )
        ~ ALIF LAM HA ( IJRAIL )
        ~ ALIF LAH SHOD ( MIKAIL )
        ~ ALIF LAM MIM ( ISROFIL )

FAEDAH DALAM KURSUS DALAM FIZIKAL
~ Menajamkan firasat ( sixth sense )
~ Mendekatkan diri dengan sang pencipta
~ Menambah keyakinan diri
~ Membuka rezeki dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan
~ Menajamkan dan meninggikan days tumpuan fikiran.
~ Mempercepat cita- cita 
~ Menundukan hawa nafsu
~ Menenangkan perasaan dan hati
~ Hidup sihat tanpa ubat

FAEDAH DALAM KEROHIAN
~ Merawat diri sendiri dari sihir
~ Menghilangkan saka atau ganguan jin dalam          
   badan
~ Merawat Penyakit Misteri dalam badan
~ Menyembuhkan penyakit fizikal
~ Mengembalikan diri diri yang tak kembali
~ Memahami akan diri sendiri

Bagi yang berminat sila hub kami
call/whatsapp 0192873134

NOTA : 

Bagi ahli ahli kerohanian yang mcm kehilangan arah jalan hala tuju dan hilang keyakinan diri dalam ilmu atau penat lelah berzikir tapi tak ada hasil, cubalah beralih arah dalam sirr ini, karna dalam ilmu sirr ini sudah berusaha meninggalkan zikir LISAN tetapi berubah kepada zikir NAFH ( zikir hati atau zikir rasa ) dan zikir AF AL KAHFI ( zikir perbuatan, feel atau insting )

Dan diharapkan bagi yang ingin mendalami ilmu sirr ini, mohonlah petunjuk dari allah agar dapat jalan yang lurus yang diridhoinya, yaitu jalan orang orang berpetunjuk dengan cara dibawah ini.




Demikian adalah sedikit penerangan tentang kepentingan dan manfaat tafakur dari sudut rohani dan jasmani. Amalan tafakur bukanlah sebuah amalan yang menyerupai mana-mana kaum atau agama, sebaliknya merupakan amalan asas bagi setiap manusia bagi mencapai kestabilan rohani dan jasmani masing-masing. Pendedahan awal tentang amalan tafakur kepada setiap lapisan masyarakat adalah penting dalam membentuk modal insan yang lebih berkualiti.

MASTER AJIE
CALL/WHATSAPP
PUSAT RAWATAN SYAHADAH
syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com




No comments:

Post a Comment