Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi fizikal, mental atau emosi seseorang. Sihir dilakukan di luar dari hukum alam bagi menjatuhkan pihak lain demi mencapai kepentingan diri sendiri.
Dalam istilah dunia Melayu, sihir adalah sejenis ilmu hitam yang berkait rapat dengan pertolongan dan perhubungan dengan jin.
Penggunaan amalan sihir dan ilmu hitam dalam bidang perniagaan agak berleluasa. Ianya tidak terhad pada bangsa melayu dan Islam sahaja. Diantara tujuannya adalah sebagai PELARIS.
Apabila perniagaan pesaing terganggu, pelanggan akan lebih cenderung untuk berurusan dengan peniaga yang menghantar sihir tersebut. Sihir perniagaan juga digunakan untuk MEREBUT PREMIS PERNIAGAAN setelah perniagaan pesaingnya mengalami kerugian yang besar sehingga gulung tikar.
Selain daripada itu, sihir perniagaan juga kerap digunakan atas tujuan DENGKI DAN IRI HATI oleh seseorang ke atas kejayaan pengusaha perniagaan tersebut.
Tanda-Tanda Terkena Sihir Perniagaan:
Sihir perniagaan biasanya digunakan pada dua perkara atau salah satu daripadanya iaitu pada tempat perniagaan atau pada pemilik perniagaan.
Bagaimana hendak mengetahui bahawa perniagaan tersebut telah disihir? Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh dikenal pasti jika sesuatu perniagaan disihir. Berikut adalah beberapa tanda yang ketara. Antaranya;
Pada Pemilik Perniagaaan:
1. Sering sakit kepala dan sendi badan tanpa sebab yang munasabah, terutama ketika bangun pagi dan sukar dirawat dengan perubatan moden.
2. Rasa malas bekerja tanpa sebab dan kurang motivasi diri.
3. Sering berlaku pertelingkahan di antara suami isteri dan sesama ahli keluarga tanpa sebab.
4. Selalu bermimpi ular, orang yang telah meninggal dunia, tempat kotor dan lain-lain mimpi yang aneh.
5. Air muka kelihatan gelap, tidak menarik dan membuat orang keliling merasa kurang selesa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
6. Menjadi panas baran, mudah rasa tercabar dan meluat tanpa sebab.
7. Sukar tidur malam mengakibatkan sentiasa rasa letih dan mengantuk di siang hari.
8. Kerap rasa bingung, mudah lupa dan tidak dapat merancang kegiatan hidup seharian sebagaimana yang sepatutnya.
Pada Premis Perniagaan:
1. Kedai Tertutup
- Pelanggan mengadu tidak nampak kedai makannya dibuka. Apabila diajukan kepada tuan punya kedai mengapa kedainya ditutup, tuan punya kedai kehairanan kerana kedainya pada waktu yang dinyatakan itu sentiasa dibuka.
Bagi peniaga kedai makan, ada kalanya pelanggan nampak kedai tetapi kerusi diletakkan di atas meja. Malah ada juga yang nampak tiada kerusi dan meja di dalam kedai makan tersebut.
2. Kelihatan Suram
- Premis perniagaan kelihatan suram. Pelanggan seolah-olah tiada keinginan untuk masuk ke dalam kedai. Walaupun ada pelanggan yang berhenti di depan kedai tetapi berpatah semula ke arah lain. Ada juga pelanggan yang sudah turun daripada kenderaan tetapi masuk semula ke dalam kenderaan dan berlalu pergi.
3. Sakit Badan
- Pengusaha perniagaan sering sakit dan menyampah untuk datang ke premis perniagaan. Badan terasa panas dan rimas apabila berada di dalam premis perniagaan sebaliknya rasa selesa apabila keluar dari premis. Ada juga badan terasa gata-gatal hingga menyukarkan pekerjaan.
4. Sering Bergaduh
- Pengusaha perniagaan sering dalam keadaan tertekan dan sering marah atas sebab yang kecil. Selain itu pekerja juga selalu bergaduh sesama sendiri dan mungkin berhenti bekerja secara mendadak. Akibatnya pengurusan perniagaan menjadi kucar-kacir.
5. Peristiwa Menakutkan
- Kemuncak gangguan ini ialah pengusaha perniagaan atau pekerjanya sering terlihat kelibat makhluk yang menakutkan, terhidu bau harum atau busuk secara tiba-tiba dan kerap terdengar bunyi-bunyi aneh dan bisikan.
6. Benda Asing
- Pengusaha perniagaan atau pekerja kerap terjumpa benda-benda pelik disekitar premis perniagaan, contohnya serbuk tanah, sisa simbahan cecair, dan bekas tanah dikambus. Dan bagi peniaga makanan, kerap terjumpa kaca dan benda kotor di dalam makanan, dan terlalu banyak lalat atau tikus walaupun telah berusaha menghalaunya,
7. Juadah Cepat Basi
- Bagi perusahaan perniagaan makanan, ada juga kes yang pelik iaitu makanan yang disediakan seperti nasi yang di masak cepat basi. Walhal, makanan tersebut baru beberapa jam dimasak dan terpaksa dibuang. Ini akan merugikan pengusaha perniagaan.
Demikianlah antara beberapa tanda yang ketara yang dialami oleh pengusaha perniagaan yang teraniaya. Sihir ini apabila dibiarkan terus berlanjutan, ianya akan semakin cepat merosakkan dan membinasakan mangsa dari sudut fizikal, mental dan emosi.
Bagi individu yang merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat rawatan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, boleh cuba menghubungi kami. ditalian untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.
MASTER AJIE
(CALL/WHATSAPP)
0192873134
No comments:
Post a Comment