Thursday, 27 July 2017

SAKA JENIS HEWAN HARIMAU & BUAYA

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA HAIWAN (harimau/buaya)

SAKA HARIMAU
Pada kebiasaan saka jenis ini terdapat pada golongan berdarah JAWA/BUGIS. Pewaris yang menerima saka jenis ini kebiasaan akan sering mengalami sakit bahagian perut dan pinggang tanpa sebab yang berlarutan.Kadang-kadang juga pewaris berkebolehan mengurut dan perbidanan( perempuan).

Pewaris juga kebiasaanya boleh merawat beberapa jenis penyakit(BOMOH).Apabila dalam keadaan marah pewaris boleh bertindak luar kawal seperti pergaduhan dgn rakan mau pun keluarga. Kadang-kadang pewaris mempunyai sikap panas baran yang agak teruk. Pewaris juga kebiasaan mempunyai sifat cintakan DUNIA yang amat tinggi.

Pewaris saka juga ini juga mempunyai keinginan SEX yang tinggi tapi DAYA sex yang rendah.Hampir kebanyakan pewaris akan lemah daya sex pada peringkat 35 tahun keatas. Saka jenis ini kurang mengganggu emosi pewaris, cuma pewaris akan lebih kearah PERBOMOHAN.

Kadang kala pewaris menggemari seni pertahankan diri SILAT jenis harimau. Saka jenis ini juga kadang-kadang menyerang bahagian organ dalaman seperti PANGKRES dan RAHIM dan kebanyakkan pewaris akan mudah mendapat kencing manis dan buah pinggang.

SAKA BUAYA
Saka jenis ini kebiasaan berdarah BUGIS.Pewaris kebiasaan sering bermasalah bahagian kaki,punggung,bahu dan tengkok.Pewaris sering mengalami masalah urat bersimpul-simpul dibahagian kaki dan KREM di bahagian kaki. Sendi lutut dan sendi buku lagi juga kerap bisa. Pada peringkat yang lebih teruk pewaris akan rasa saolah badannya dicemkam dari belakang sahingga ke bahu.

Di bahagian belakang badan saolah ada satu tali yang sgt bisa meliliti sahingga dada depan.Saka jenis ini diantara saka haiwan yang paling kuat dan tak ramai perawat dapat menyelesaikan saka jenis ini. Pewaris juga sering sakit kepala yang teruk. Pewaris juga sering bermimpi melihat buaya ini berwarna putih dan emas. Jika dalam keadaan terdesak seperti diancam pewaris boleh bertukar saolah.olah menjadi buaya dan menggigit orang yang mengancamnya.Ada juga pewaris yang mengalami rabun teruk daripada kecil.

Dan lebih teruk kadang.kadang pewaris kelihatan sgt garang dan hodoh pada pandangan org sekeliling.Pewaris juga memiliki penyakit kulit seperti jerawat ,kurap,panau yang berpanjangan.

Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut :-

Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
Sesak nafas atau mengah
Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita.

Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.

Diantaranya lagi :

1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.

2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.

3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.

5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.

6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.

7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.

8) Nyanyuk ketika usia tua.

9) Panas baran.

10) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.

11) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

12) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.

13) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

14) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan ini dapat kita  ambil sebagai satu inspirasi untuk perubahan pada masa akan datang.

Ini hanya coretan dari pengalaman merawat dari kami

CALL/WHATSAPP
MASTER AJIE
0192873134

2 comments:

  1. Saya mudah marah tanpa sebab adakah kerana ada sesuatu pada diri sy?
    Sy pernah mmpi buaya putih tapi sudah lama,sekarang takde lgi.cuma ada mmpi ular je itupn tak selalu.

    ReplyDelete
  2. Hampir semua yang master ajie cakap betul. Dan benda tu semua saya tengah lalui sekarang. Langkah langkah apa yang perlu saya buat sekarang ni... ???

    ReplyDelete