Thursday, 27 July 2017

ANAK DEGIL

Sebagaimana yang selalu saya sebut, masalah pada manusia ini saya bahagikan kepada empat elemen, iaitu Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang degil dan tidak mendengar cakap.

Adakah mereka ini mengalami gangguan KEROHANIAN? Dalam pengalaman saya merawat anak-anak yang nakal dan degil ini, memang benar adanya gangguan-gangguan KEROHANIAN pada mereka. Namun apakah itu semua punca permasalahan?

Kalau hendak diikutkan yang sebenar-benarnya, mentarbiah anak-anak ini bermula seawal dari sewaktu suami isteri "bersama" lagi. Bacaan doa dan adab-adab sewaktu "bersama", serta mengikut tarikh dan waktu yang digalakkan, dan mengelakkan tarikh-tarikh dan waktu yang di larang oleh ulama'-ulama' mu'tabar. Perkara-perkara ini semua membantu kita dalam berikhtiar untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati kita.

Ada bermacam-macam kes anak nakal yang saya rawat, diantaranya satu kes di mana anak ini mengalami masalah tabiat mencuri dari kecil lagi, dan apabila anak itu dirawat, apa yang saya dapati, berpuluh-puluh ekor jin berada didalam tubuh badannya. Jadi... adakah kesalahan mencuri itu kita letakkan pada golongan jin tersebut? Cuba kita fikirkan sejenak...

Ada diantara kes anak yang sangat nakal dan degil, padahal umurnya baru mencecah lima tahun, bila saya rawat apa yang saya dapati memang ada gangguan jin yang mendampingi anak ini. Jadi.. setelah jin tersebut dikeluarkan dengan izin Allah, adakah masalah kenakalan dan kedegilannya selesai? Tidak semestinya... Tidak semestinya... Tidak semestinya...

Ada juga kes anak nakal yang saya rawat, tetapi tiada masalah gangguan jin padanya, tetapi bila saya mengajukan soalan demi soalan pada ibu dan bapa anak itu, apa yang saya dapati sumber pendapatan mereka adalah dari sumber yang syubhah (meragukan) dan ada juga dari sumber yang haram... Kesan dari sumber pendapatan yang syubhah dan haram ini anak-anak boleh menjadi nakal, degil, tidak cerdik dan mengalami kesukaran untuk mengaji Al-Quran serta bermasalah didalam pelajaran.

Pada pandangan saya, untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini, kita perlu mulakan sejak dari mereka kecil lagi, kasih sayang, ketegasan, disiplin perlu diterapkan pada jiwa anak-anak ini, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka.

Jika anda bersama keluarga bertandang ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang, menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.... apakah yang anda lakukan...? adakah anda akan teruskan berborak dengan tuan rumah dan membiarkan sahaja kenakalan anak anda...?

Tahukah anda bahawa sebenarnya hati tuan rumah tersebut tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda mengusik barang-barang di rumahnya walaupun kelihatan dia tersenyum sambil berborak dengan anda..? adakah anda prihatin terhadap perkara ini?

Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin, kalau perkara sekecil ini anda tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda...

Kesimpulannya para pembaca sekelian, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mendisiplinkan anak-anak kita, adakalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka untuk meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan, itu tidak mengapa... tetapi kita juga harus berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka supaya mereka mengerti tentang erti "batas".

Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya, agar jiwa mereka di sinari cahaya agama, ajar mereka doa-doa membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan, ajar mereka tentang dosa pahala, selalu doakan mereka agar menjadi anak yang soleh.

Ada diantara ibu bapa yang mengabaikan solat, tidak cenderung kepada agama, berpakaian tidak menutup aurat dan mencorakkan suasana keluarga mereka dengan corak-corak yang melanggar hukum Allah. Inilah yang menjadi punca yang merosakkan jiwa dan akhlak anak-anak. Ibu bapa perlu solat dulu sebelum menyuruh anak mereka solat, ibu bapa perlu berakhlak mulia dulu sebelum mendidik anak-anak mereka agar berakhlak mulia.

CALL/WHATSAPP
MASTER AJIE
0192873134

No comments:

Post a Comment