PENGAMAL ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat.Kegiatan pukau-memukau berlaku melalui perantaraan jin ke atas mangsanya yang memungkinkan mangsa itu tewas hingga tidak sedarkan diri.
Jin diperintah menguasai pergerakannya, menyebabkan dia tidak berdaya melawan atau bertindak. Kadang kala kesedaran wujud tetapi berada ditahap lumpuh hingga tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalang niat buruk orang yang memukau.
Mangsa pukau boleh melihat orang luar memasuki rumahnya dan merompak barang-barang berharga tetapi dia tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalangnya kerana kesedaran serta kekuatannya dikuasai unsur-unsur sihir. Mangsa seperti tergamam, terkaku, tenggelam punca atau kadang kala tidur dengan nyenyaknya kerana akal dan fikiran diresapi makhluk halus.
"Begitulah jahatnya ilmu pukau yang berfungsi melalui amalan sihir. la tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan.
ilmu pukau tidak hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja sebaliknya diamalkan oleh semua kaum. Ilmu pukau tidak kenal siapa mangsanya.
Sesiapa sahaja boleh terkena pukau kerana kekuatan unsur luar mengatasi kekuatan roh seseorang mangsa.Seorang peguam tiba-tiba mengubah hujahnya kerana rasukan pukau. Seorang ahli politik atau pemidato menjadi gerun dan tergamam sebaik sahaja naik ke pentas untuk berucap.
BAGAIMANA AMALAN PUKAU DILAKUKAKUKAN
Dalam masyarakat Melayu, amalan pukau dilakukan melalui pancaran dan pandangan mata, sentuhan atau pengerahan roh kepada orang yang dipukau melalui ungkapan jampi mentera.
Pertama, Bersalam merupakan satu tradisi bagi orang-orang Melayu setiap kali bertemu. Amalan itulah yang memberi kesempatan kepada orang yang memukau untuk mengenakan ilmu jahatnya itu.Ketika sedang bersalam, kedua-dua pihak memandang antara satu sama lain.
Apabila mata bertentang mata, pancaran jahat daripada mata orang yang memukau akan menembusi jiwa dan otak mangsa menyebabkan dia terpukau.
Akibatnya, mangsa berkeadaan khayal, terkaku dan tidak sedarkan diri. Dia juga tidak berupaya bertindak kecuali menurut segala perintah yang diberikan kerana kekuatan unsur-unsur sihir menguasai dirinya.
Kaedah ini kerap digunakan untuk memukau dan memuja seseorang wanita. Akibat pengaruh sihir, wanita itu sekonyong-konyong tergila-gila dan teringat-ingat kepada lelaki berkenaan.
Proses memuja dilakukan semasa wanita berkenaan sedang tidur. Jin akan menjelma dalam mimpi mangsa dengan cara menyerupai lelaki yang memujanya.Sebaik sahaja sedar daripada tidur, mangsa itu seolah-olah ternampak gambaran? lelaki yang memujanya.
Melalui amalan sihir, jin bertindak mempengaruhi pemikirannya hingga menyebabkan dia tidak dapat melupakan lelaki itu, lantas menyerah diri kepadanya.
"Fikiran dan ingatan mangsa hanya tertumpu kepada lelaki berkenaan. Siang dia rindu, malam dia rindu dan akhirnya dia pergi ke rumah lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri,"
Pada waktu itu tiada sebarang nasihat yang berupaya menghalangnya. Keluarga ditinggalkan, saudara mara dilupakan," katanya.
Kedua, Satu lagi kaedah memukau ialah melalui sentuhan sama ada dengan menepuk bahu atau belakang atau berjabat tangan.
Kaedah itu turut melibatkan pancaran jahat daripada mata orang yang memukau kepada mata mangsa ketika mereka memandang satu sama lain sewaktu berjabat tangan atau selepas bahu mangsa ditepuk.Kaedah itu kerap digunakan untuk tujuan jahat, seperti menculik atau mengambil harta mangsa.
Dalam keadaan separuh sedar, mangsa melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta.
Dalam beberapa kes, mangsa diperintahkan mengikut orang yang memukaunya ke bank dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaunnya dan menyerahkan wang itu tanpa sebarang bicara. Mangsa hanya sedar apa yang berlaku setelah orang yang memukaunya pergi jauh.
TANDA-TANDA TERKENA PUKAU
Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Sila hubungi kami untuk lebih lanjut ditalian kami
MASTER AJIE
CALL/WHATSAPP
0192873134
No comments:
Post a Comment