Dalam kehidupan ini, kadang kala kita berasa susah bagi mendapatkan rezeki yang halal walaupun tulang empat kerat ini sudah digunakan sepenuhnya.
# Bekerja kesana sini tidak ngam dihati dan bergaduh dengan pekerja lain
# Bekerja tidak dibayar gaji
# Buat bisnis tetapi merugi
# Berniaga pada awalnya UP, tetapi last sampai jatuh berhutang
# Bahkan sampai tahap rezeki nasi mau masuk mulut pun boleh jatuh
Apakah sebab berlaku demikian ?
Dimanakah silapnya ?
Apakah penyebabnya ?
Persoalan seperti inilah yang sering kita tanyakan pada orang lain yang lebih mengerti seperti ustad, kyai, guru agama kenapa susah sangat REZEKI aku ini dan persoalan ini pun yang sering kita renungkan pada diri sendiri untuk mencari jawapan.
Dalam post kali ini, saya akan uraikan mengikut PENGALAMAN yang aku lalui sendiri, kenapa rezeki duit kita sangat susah padahal sudah bekerja bermacam macam baik secara fizikal maupun rohani dengan ?
# beramal dengan sholat dhuha setiap pagi
# beristifar jutaan kali
# sholawat ribuan kali
bahkan aku pernah dibagi ilmu menarik rezeki dengan cara beramal setiap malam dengan membaca surat AL IKLAS dari jam 12 mlm sampai jam 4 pagi selama 80 hari dan dengan puasa 80 hari Yang siapa pun mungkin tak boleh buat, tetapi masih jugak sempit rejeki dan untuk makan pun susah.
Ada jugak sampai aku membuat kesyirikan dengan meminta dengan jin nomer ekor dengan cara memakai barang antik keris atau batu semacamnya, datang ketempat keras (angker), bahkan kuburan atau tempat bomoh untuk minta nomer ekor.
Haram jadahnya semua tetap tak menjadi, baik cara yang halal yaitu amalan melalui agama atau pun haram melalui nomer ekor semua, tetap sahaja susah rezeki duit dan susah hidup.
Untuk itu saya akan terangkan, apa apa sebap yang menutup rezeki kita adakah ALLAH SWT, yang menutup rezeki kita atau pun bukan, Karna ada jugak sebagaian ulama atau orang berpendapat ALLAH SWT ‘lah yang sempitkan rejeki kita atas sebap ujian dan sebagainya.
Tapi sebagai pendapatku ALLAH SWT tak akan susahnya hambanya karana ALLAH SWT itu punya sifat RAHMAN & ROHIM. Diibaratnya seorang MAK & AYAH tak akan sakiti anak anaknya sekalian. Walau seorang anak nakal sekalipun tetapi tetap mak dan ayah sayang pada anaknya.
Ada jugak sempat berpendapat tak ada rezeki atau duit adalah TAKDIR dari ALLAH SWT. Rupanya kesalahan itulah terbesarku dalam hidup, saat berpikir senang takdir dan susah takdir, karna aku akan melupakan satu ayat “ ALLAH tak akan merubah suatu kaum, jika kaum itu tak merubahnya sendiri “.
Jika aku kata itu takdir maka aku sudah menyerah kalah sebenarnya !!!
Berikut adalah sebap sebap tertutupnya atau susah rezeki kita .
1. Karena adanya SAKA
Saka disini saya golongkan adalah dua keadaan
A. Saka aktif
Mahluk saka itu masih aktif dan membantu seseorang itu dalam segala urusan ikut pada perjanjian awal, jika 7 generasi maka selama 7 generasi kita akan senang dan mudah dalam rezeki, apa apa buat sahaja menjadi.
B. Saka pasif
Mahluk saka yang pasif ini adalah yang sudah habis masa perjanjian itu “ TAMAD TEMPOH “, maka sebaliknya mahluk itu akan mengacau dan menutup generasi yang dibawahnya ibaratnya akan dibuat “ HIDUP TAK MAU, MATI SEGAN “ mereka akan kacau dari masalah REZEKI, KESEHATAN, JODOH atau PERCINTAAN.
Jika tidak kita clearkan maka ianya akan menyekat dan menghalang rezeki kita walau bermacam macam dah usaha baik secara fizikal atau kerohanian tetap sahaja tidak akan berhasil.
Berikut adalah link penerangan tentang saka keturunan.
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2018/04/saka-keturunan_20.html?m=1
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2015/12/saka-saka-jenis-hewan.html?m=1
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2016/01/saka-kenali-diri-anda-bersaka-atau-tidak.html?m=1
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2018/04/saka-keturunan.html?m=1
Dan untuk lebih tau dan paham pasal saka ini, boleh baca dalam blog saya http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/?m=1
2. Karana mengamal atau ada ILMU KADIGJAYAN ( ilmu yang bersifat peperangan atau kehebatan )
Apa bila anda mengamalkan atau ambil ilmu ilmu yang bersifat kadigjayan ( peperangan ), seperti kebal, pengerun, persilatan dan segala jenis yang bersifat peperangan maka ianya boleh tutup rezeki kita, karna ilmu ilmu itu bersifat panas.
Dalam badan kita itu terdiri dari 5 unsur, tanah, api, angin, air dan cahaya. Saat kita ambik ilmu kadigjayan ( peperangan ) maka saat itu kita lebihkan unsur tanah dan api. pasal itu jika seseorang terlalu banyak beramal ilmu kadigjayan ( peperangan ). mereka tanpa sadar akak jadi panas baran, ego dan sombong karna sifat api dan tanah dalam dirinya terlalu besar.
Sedang sifat rezeki adalah lebih banyak unsur air, maka jika unsur tanah dan unsur api kuat maka unsur air dalam badan kita akan hilang dan kesannya rezeki akan sempit.
Dalam tarikat, hakikat, makrifat dan tasauf, ilmu ilmu kadigjayan ( peperangan ) lebih kuatkan pada ZIKIR ASMA, sedang zikir asma ilmu adalah lebih bersifat unsur tanah dah api, karna itu amalan amalan yang bersifat asma ini selalu guru guru akan tambahkan dengan sholatwat dan istifar.
Karna itu amalan amalan penarik rejeki, pembuka dan sebagainya akan banyak bersifat lembut dan halus, amalan ini ada pada istifar dan sholawat.
3. Karana memakai SUSUK
Pada mulanya apa bila susuk baru pakai, tak kira susuk jenis apa pun memang susuk ini membantu apa apa yang kita hajadkan dan inginkan tetapi susuk ini ada batas masa seumpama saka seperti penerangan diatas. Batas masa susuk tergantung pada kekuatan bomoh ( dukun ) atau seseorang yang memasangnya.
Boleh 1 tahun, 2 tahun atau 10 tahun. Tetapi jika sudah tamat masa maka susuk tersebut menjadi blocking bagi kerohanian kita. Susuk dan saka iabaratnya adalah kita ada pekerja sesuai perjanjian 2 tahun atau berapa tahun. jika habis masa perjanjnjian itu maka mahluk susuk tersebut akan kacau kita balik dan menutup segala kesenangan kita termasuklah menutup rezeki.
Berikut adalah link penerangan sedikit pasal susuk yang anda boleh jadikan rujukan “ http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2017/10/susuk-raksa-atau-susuk-air-raksa-atau.html?m=1 “ dan perlu diingat semua jenis susuk tak kira susuk apa pun boleh menjadi tertutupnya pintu rezeki bagi sipemakai dan kerurunannya pun akan tertutup jugak rezekinya.
4. Karena memiliki barang antik
Banyak orang tidak tau bahwa kesan barang barang antik yang mereka punya atau simpan tak kiralah dari diri sendiri atau pun warisan dari nenek moyang dapat menjadikan tertutup rezeki. Barang barang tersebut seperti keris, parang, cincin, batu akik, minyak pengasih atau sebagainya.
Kenapa boleh menutup rezeki kita karana barang barang tersebut ianya ada kadam atau jin tak kiralah dia itu muslim atau tak tetap sahaja akan mengganggu kerohanian kita karna mereka tetap dari pada NAR ( API ) dan didalam kita ada NUR ( CAHAYA ). Tanpa sadar akan berlaku peperangan antara rohani kita dan kadam tersebut.
Awal awal memang kadam dari barang tersebut menipu kita dengan boleh memberi apa apa pada kita yang seolah olah seperti kebaikan tetapi pada andingnya tetap mahluk itu akan makan balik kita dan keturunan kita.
Perlu diingat barang antik tak kira jenis apa pun ianya ada kadam dan apa bila kita yang punya barang itu maka kita harus bagi makan barang tersebut dengan bunga, minyak wangi atau pun boleh beras atau mcm mcm lain seperti darah ayam, kambing bahkan lembu. Jika tak dibagi maka mengacaulah mahluk itu.
Seperti halnya kita ada pekerja tetapi tak di bagi gaji atau makan, mestilah akan marah dan serang kita balik sadar atau tidak sadar sahaja tetapi menyerangnya dengan cara halus dan tipu daya termasukan mereka menutup atau menggagalkan kerja mencari rezeki kita dalam bisnis.
5. Kesan selepas Merawat orang
Banyak orang tidak sadar dan tau kesan merawat ianya sangat teruk bagi spritual kerohanian kita sendiri seperti contoh balik selepas merawat demam, batuk, sakit bahkan sampai anak dan istri kena kacau dengan mahluk tersebut “ Sudah lalu atau belum sahaja dan nak nafikan atau tidak sahaja “ mesti nanti akan berlaku seperti ini.
Merawat ini seperti berperang, siapa kuat maka akan sembuh merawat pesakit tersebut yang diganggu jin atau secamcamnya, tetapi jika sembuhkan mahluk yang kita kalahkan tadi akan ikut dan menjadi loding atau block perawat tersebut yang lama lama kerohanian perawat jadi down dan last mesti akan menjadikan perawat itu bermacam macam masalah termasuklah rezekinya tertutup, sakit dan mcm mcm.
Saat mula mula jadi perawat mesti anda akan seperti punya super power luar biasa, rawat je sembuh lama lama apa bila dan masuk 2 atau 3 tahun maka mulalah problem itu timbul, rawatan tak menjadi lah, tak sembuh lah , lepas rawat sakit lah, anak dan istri sakit tak boleh rawat sendirilah, last andingnya nak cari rezeki atau niaga pun problem.
Karana mahluk dari rawatan rawatan itu berkumpul pada diri anda dan menyekat kerohaian anda yang senantiasa terhimpit, maka kesannya akan jadi mcm mcm seperti saya terangkan diatas.
6. Amanah Nenek Moyang
Amanah ini terjadi adalah loding dari keturunan atok moyang kita. Sebagai contoh atok moyang kita adalah perawat yang mampu menyembuhkan sakit apa pun dan masalah apa pun tetapi saat dia hidup dia tak rasa kesan apa pun maka selepas dia meninggal baru keadaan ini berlaku.
Macam macam sakit dan masalah yang terjadi pada keturunan dia baik anak atau sampai cucu, sakit pelik pelik, kena kacau jin lah, sampailah nak makan pun susah karana rezeki susah sangat dan tersekat “ Yang lalui ini mesti merasakan “
Keadaan yang terjadi hampir semua yang saya jumpa termasuklah saya sendiri mengalami hal sama, atok moyang perawat power tapi anak beranak jahanam. Karana mahluk dari rawatan yang atok moyang buat ianya turun sampai anak cucu menjadikan loding atau amanah yang kena diselesaikan anak cucu tersebut.
untuk paham baca link bawah ini
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2016/07/jalan-kembali-2.html?m=1
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2017/08/jalan-kembali.html?m=1
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2016/01/jalan-kembali.html?m=1
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2016/01/dimana-jalan-balikku.html?m=1
7. Orang pembawa jalan kerohanian
Saat seseorang itu memang ditakdirkan membawa jalan kerohanian maka rezekinya itu bukan ditentukan oleh siapa siapa melainkan oleh kerohanian dia sendiri ( orang orang salik ). Jika seseorang itu coba melawan arus atau coba lari dari jalannya maka rezekinya pun akan tersekat sekat dan bahkan tertutup.
Usaha mcm mana sekaligun dengan niaga atau sebagainya ianya tetap tidak akan menjadi melainkan dia ikut dan teruskan perjalanan kerohanian dia. Istilahnya adalah “ Melawan adalah Neraka baginya “
Untuk lebih paham boleh baca link dibawah ini.
# http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2017/08/rejeki-orang-kerohanian.html?m=1
8. Pernah Sihir Orang
Terkadang tanpa sadar kita pernah melakukan sihir kepada orang lain sengaja atau tidak sahaja, bagaimana terjadinya adalah melalui kata kata kita sebagai contoh kita terlalu sakit hati atau mara maka kita mengumpat orang tersebut dengan kata “ aku doakan kau susah rejeki “
Saat kita berkata seperti itu dengan sangat mara dan sakit hati maka qorin dalam kita akan membuat orang itu akan jadi susah rejeki , lagilah sampai seseorang itu menggunakan ritual atau upacara dengan tanah kuburan atau semacamnya ingin membuat orang itu susah rezeki maka mahluk terbuat akan melaksanakan apa yang diniatkan itu.
Tetapi tak kiralah doa kita yang buruk atau kita pernah buat ritual semacamnya keadaan itu akan ada timbal balik pada kita sendiri yang kesannya kita pun akan boleh susah rezeki
9. Rezeki kita dicuri
Saat seseorang meminta bantuan dari pada jin, setan atau iblis, memang kadang dibagi sebagai contoh melalui Ngipri (memuja kekayaan), nomer ekor, duit balik, harta karun dan kadang boleh bisnis yang maju dan berjaya.
Tetapi yang terjadi sebenarnya adalah jin itu akan ambik rezeki 7 keturunan dia dan dibagi kepada dia, maka saat itu seseorang itu akan kaya dan mudah mendapatkan rezeki tapi kekayaannya ianya tidak sampai pada anak cucu melainkan hanya padanya sahaja.
Perlu diingat jin tidak boleh memberi rezeki seperti hallnya ALLAH SWT, tetapi jin ini pandai dan bijaksana dia mampu membuat seolah olah dia ada kuasa memberi rezeki uank padahal 7 generasi anak cucu tersebut yang dia ambil.
Kesan 7 generasi selepas itu maka apa pun usaha yang dibuat akan gagal karna ada jin yang mengganggu dan memastikan 7 generasi itu susah.
Bagaimana mengatasi rezeki yang dicuri ini adalah dengan cara membatalkan perjanjian dengan jin tersebut tetapi tidak mudah karana mestilah jin tersebut tidak akan bersedia.
Jalan yang tersedia adalah berperang dengan mereka dan biasanya seseorang yang rezekinya telah dicuri ini akan membawa jalan kerohanian tarikat, hakikat, makrifat atau tasauf. Karana dalam jalan ini sahaja dibagi cara agar kerohaniannya berkembang dan besar baru boleh berperang dengan jin tersebut.
Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh menutup rezeki uank kita seperti hutang, dosa dan lain lain tetapi yang saya terangkan diatas adalah yang pernah saya alami sendiri bukan dari copy pasty atau mendengar dari orang lain. Dan untuk menceritakan keadaan keadaan ini saya perlu masa 8 tahun baru boleh dipostkan dikarnakan ianya cukup rumit untuk menulisnya.
Dan mudah mudahan pengalaman pengalaman yang saya ceritakan ini dapat menjadikan kita lebih paham dan mengerti dan jika berlaku seperti seperti yang saya terangkan maka salah satu jalan penyelesaiannnya adalah dengan belajar spritual mengenal diri.
Dari pada belajar itulah baru kita boleh selesaikan saka, ilmu kadigdayan ( peperangan ), susuk, kadam barang antik, amanah nenek moyang atau rezeki yang telah dicuri.
Atau pun jika bukan golongan orang membawa jalan boleh melakukan rawatan atau semacamnya agar rezeki boleh normal balik.
Sekian sahaja dari saya dan apa bila kata kata yang saya tulis ini menyinggung dan menggores hati tuan puan maka saya mohon maaf karna bukan niat saya seperti itu. Dan jika memerlukan rawatan, saka, sihir dan semcamnya atau berniat belajar kerohian mengenal diri boleh hubungi saya.
MASTER AJIE
call/whatsapp
PUSAT RAWATAN SYAHADAH
No comments:
Post a Comment