Thursday, 27 July 2017

SANTAU LANGKAH

    Santau jenis ini biasanya diternak oleh pembuat santau bukan hanya untuk diri mereka sendiri tetapi santau ini akan dijual kepada sesiapa sahaja yang ada niat jahat terhadap seseorang.kebiasaan setiap pembeli santau akan diajar cara untuk menyantau mangsanya oleh penternak santau itu sendiri.

    Contoh santau ini berfungsi kebiasaannya jika dipejabat-pejabat terdapat golongan yang hasat dengki mereka akan menggunakan santau ini dengan cara menaburkan bahan-bahan santau di pintu sambil menyebut nama mangsa yang hendak ditujukan santau itu.Ada juga santau jenis ini dimasukan kedalam perigi,ditanam di hadapan rumah dan sebagainya.

Ada pelbagai cara untuk melakukan proses ini. Tetapi santau jenis ini akan terkena pada mangsanya dengan cara terlangkah,pijak dan masuk kedalam mulut (makan,minun,angin).

    Santau jenis ini mempunyai grade tersendiri, Jika mangsa mengalami muntah-muntah darah yang terlalu kerap dan banyak biasanya jenis ini yang paling bahaya kerana berkemungkinan boleh membawa maut kepada mangsanya.

    Tetepi ada juga jenis santau ini yang grade nya rendah dan mangsanya akan mengalami sintom sintom atau masalah kesihatan seperti mengalami
asma,kanser,gatal-gatal atau penyakit kulit yang sukar diubati,lemah tenaga dalaman,tidak bermaya untuk melakukan sesuatu tugas walaupun sekadar tugas-tugas rengan dan sebagainya.

    Ada juga jenis santau langkah ini akan mengakibatkan terlahirnya diri-diri saka pada diri mangsa santau terebut, ini kerana diri-diri jin, syaitan dan iblis yang ada pada santau tersebut apabila ianya masuk sahaja kedalam tubuh badan mangsa santau tersebut akan merebak dan membiak keseluruh tubuh mangsa dengan begitu cepat.

Nisbah bagi manusia melahirkan anak adalah satu orang bersamaan dengan seorang bayi, berlainan pula pada kaum jin, syaitan, seekor jin dan syaitan bersamaan dengan sembilan ekor anak jin dan syaitan maka tidak mustahilkan mengapa racun santau terlalu cepat menguasai tubuh manusia.

13 Tanda Terkena Santau:

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib.
4. Sakit sesak nafas terutamanya waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
11. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
12. Sentiasa sakit pada tulang belakang
13. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur).

Bagi individu yang merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat bantuan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, boleh cuba menghubungi kami ditalian dan untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.

MASTER AJIE
CALL & WHATSAPP
0192873134

No comments:

Post a Comment