Sebelum ini kami telah banyak berkongsi info berkenaan dengan pelbagai jenis sihir yang sehingga kini masih ada ramai lagi pengamal yang terus mengamalkan nya , sama ada diupah oleh seseorang ataupun sekadar untuk menguji kekuatan si pengamal itu sendiri.
Untuk kali ini kami akan terus mengupas lebih teperinci lagi tanda serta kesan berkenaan dengan sihir yang sering dituju kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga tidak kira lama ataupun baru.
Apa yang kami di pusat rawatan ingin kongsikan semua ini adalah dari pengalaman pahit manis kami sepanjang begelar perawat. Pelbagai jenis sihir yang kami temui bagi pasangan suami isteri yang jelas semuanya untuk kehancuran pasangan tersebut. Tetapi kita harus tahu bukan semua sihir suami isteri ini berpunca dari hasat dengki dari irihati seseorang ,ada juga sihir ini dilahirkan sendiri oleh pasangan suami isteri itu sendiri.
--------------------------------------------------------------------
TANDA-TANDA SIHIR PEMISAH
--------------------------------------------------------------------
Kebiasaannya bila pasangan itu mengalami gangguan sihir pemisah yang paling ketara sekali adalah perangai kedua-dua pasangan tersebut. Perangai pasangan akan berubah dengan mendadak, seperti sering salah faham antara satu sama lain tiada sefahaman, hilang rasa hormat sesama pasangan, sering berkelahi sesama sendiri serta orang keliling hingga satu tahap mangsa sihir jenis pemisah ini akan melihat pasangan mereka kelihatan selekeh serta berwajah hodoh yang sangat menjijikkan. Sehingga masing-masing menjauhkan diri sesama sendiri.
Setiap pasangan yang menjadi mangsa sihir ini terus terang kami katakan tiada lagi keharmonian dalam rumah tangga, sehingga saat dikamar tidur pun keintiman suami isteri itu akan pudar. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak kerana sifat kasih sayang itu telah tiada didalam sesebuah keluarga.
--------------------------------------------------------------------
TANDA-TANDA SIHIR PENGASIH
--------------------------------------------------------------------
Sihir pengasih adalah sejenis sihir yang ada menggunakan jampi serapah serta sejenis minyak pengasih yang akan membuatkan seseorang mangsa itu akan menjadi kasih dan cinta yang teramat sangat serta kerinduan yang teramat sangat terhadap seseorang individu lain secara paksa tetapi tidak disedari oleh mangsa, kebiasaanya jika mangsa sudah mempunyai pasangan yang sah sekalipun mangsa akan nekat meninggalkan nya semata-mata demi individu yang menggunakan sihir pengasih ini. Mangsa akan terikut-ikut setiap kehendak pasangan haram nya itu secara berlebihan.
Sihir jenis ini juga akan membuatkan si mangsa akan kuat berhayal tentang adegan seks sehingga berkeinginan melakukan hubungan seks bersama pasangan haram mereka. Mangsa akan menyerah kan segalanya kepada individu tersebut walaupun harga diri sendiri mahupun nyawa.
--------------------------------------------------------------------
TANDA-TANDA JIKA DIRI TELAH
DIKUASAI OLEH SIHIR
--------------------------------------------------------------------
kebiasaannya apabila seseorang itu telah menjadi mangsa sihir jenis ini lama kelamaan badan mangsa akan menjadi lemah dan tidak bermaya sehingga kerja yang mudah dan ringan pun tidak mampu dilakukan sendirian, berat badan menjadi susut serta kadang kala kulit jua menjadi kusam.
Mangsa juga akan kelihatan merapu-rapu apabila beborak dengan orang ramai,ingatan juga akan menjadi sangat lemah. Fasa yang paling teruk adalah perasaan mangsa tidak dapat dikawal seperti selalu. Terdapat juga mangsa yang sering mengalami jantung bedebar-debar serta seram yang teramat sangat walaupun berada dirumah sendiri. Mangsa akan sentiasa berasa resah dan gelisah kerana perasaan takut dan seram sentiasa menemani mangsa, akibatnya fikiran mangsa akan menjadi bingung.
Akibatnya kebersihan diri mangsa tidak lagi akan hiraukan serta akan membuatkan mangsa lebih gemar duduk bersendirian. Secara tak langsung akan membuat diri mangsa tidak suka bergaul dengan orang ramai kerana mereka merasakan diri mereka seperti disisihkan. Walhal itu hanya anggapan negatif yang terbentuk dari diri-diri negatif mereka. Mereka seumpama telah hilang daya untuk hidup,seolah-olah jati diri mereka telah hilang. Peringkat ini amat merbahaya kerana kekuatan fizikal dan mental mangsa akan menjadi sangat lemah. Apabila sudah sampai peringkat ini diri-diri negatif yang ada pada dalam badan diri mangsa akan mudah menahluki sepenuhnya diri mangsa tersebut.
Akhirnya akan mengakibatkan diri mangsa sehingga menjadi gila.
Post yang akan datang kami dipusat rawatan akan cuba berkongsikan info-info berkenaan sihir pendarahan dan juga sihir jenis jerutan yang mangsanya adalah pasangan yang telah pun mendirikan rumahtangga. Kami juga berharap agar info -info yang kami kongsikan diruangan ini sedikit sebanyak bermanfaat buat pembaca.
Jika ada sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh lah teks atau hubungi terus pihak kami, INSYAALLAH kami dipusat rawatan akan cuba sebaik mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, selebihnya sama-samalah kita mohon kepada ALLAH s.w.t agar dilihat segala usaha yang kita lakukan.
MASTER AJIE
CALL & WHATSAPP
0192873134
No comments:
Post a Comment