Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim dengan adanya pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya.
Permasalahan ghaib ini yang turun dari satu generasi ke satu generasi yang terkebawah ini adakalanya dianggap suatu keistimewaan dan kelebihan tetapi benarkah dakwaan itu? Kertas kerja ini cuba mengupas definisi saka, asal-usul, faktor kemasukan saka, tanda-tanda ada saka, kesan bersaka dan kaedah untuk rawatan saka. Moga mendapat manafaat dari perkongsian ilmu yang sedikit ini.
APAKAH MAKNA SAKA?
Menurut Kamus Dewan bahasa “saka” bermakna pusaka. Saka juga dimaknakan leluhur daripada kedua belah pihak sebelah ibu dan bapa. Sebenarnya memang terdapat perbezaan diantara perkataan saka dan pusaka. Pusaka, lebih merujuk kepada harta benda yang diwarisi oleh seseorang dari seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat yang telah meninggal dunia.
Saka pula pada pengertiaan biasa dalam masyarakat Melayu tidak sama maksudnya dengan pusaka tadi. Ini disebabkan perkataan saka itu biasanya digunakan secara khusus berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat dalam pandangan Islam yang biasanya akan melibatkan jin dan syaitan.
Perumpamaan yang mudah ialah pusaka sangat menarik minat pewaris sehingga mereka sanggup berebut untuk mendapatkannya, tetapi saka pula mereka berebut untuk menolaknya. Kenapa situasi ini berlaku? Sebab jelas kepada kita memang terdapat perbezaan yang besar antara keduanya. Satu berbentuk harta benda yang menggamit nafsu manusia untuk memilikinya manakala saka yang berbentuk ilmu yang melibatkan jin dan syaitan amat menakutkan kepada sesiapa sahaja.
Bila disebut; “Ahmad dapat pusaka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi harta kekayaan dari ayahnya yang telah meninggal dunia. Tetapi bila disebut; “Ahmad dapat saka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi ilmu dan amalan salah dan sesat yang melibatkan penggunaan jin dan syaitan dari ayahnya yang telah pun meninggal dunia.
DARI MANA ASAL-USUL SAKA?
Untuk memudahkan perbincangan penulis cuba mengkategorikan tajuk ini kepada dua faktor utama supaya kita nampak dengan lebih jelas dari mana asal-usul saka.
1. Saka berasal dari asal-usul kita iaitu yang diterima daripada ibubapa, datuk nenek, moyang dan usul keturunan kita di sebalah atas. Inilah pendapat umum yang sangat popular di negara kita sehingga ada yang menyatakan saka ini boleh diwarisi sehingga lebih tujuh keturunan, malahan jika melanggar pantang-larang kemungkinan saka itu akan bertapak selama-lamanya dalam pewarisan berkenaan. Biasanya saka ini hanya melibatkan adanya pertalian darah, jika tiada adalah sukar untuk saka berkenaan memasuki tubuh seseorang.
2. Saka yang berasal bukan disebabkan keturunan, tetapi saka datangnya dari pihak luar iaitu jika berlaku dalam keadaan sedemikian :-
a. Mereka yang tinggal bersebelahan atau berjiran dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan yang salah iaitu menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejadian ini banyak berlaku tanpa disedari oleh jiran terbabit dan adalah dinasihatkan janganlah duduk berjiran dengan orang yang di atas.
b. Pemandu, tukang kebun, orang gaji dalam sebuah rumah, mereka juga boleh diwarisi oleh saka tuan rumah tersebut apatah lagi jika mereka telah bekerja bertahun-tahun lamanya.
c. Mereka yang bertugas di hospital seperti doktor, jururawat, attendan dan yang lainnya juga besar kemungkinan boleh menerima saka dari pesakit yang berjin dan bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.
FAKTOR PENYEBAB SAKA
Dalam masyarakat kita terutamanya bagi orang Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-
1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan
2. Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.
3. Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah (atas sebab tertentu) atau sengaja untuk menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. In imudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana tempat dan mudahlah untuk mereka memasuki tubuh manusia.
4. Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti berzina, lesbian, gay, berjudi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih maka tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini mestilah disebabkan dengan hasutan jin dan syaitan yang telah berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.
BEBERAPA JENIS DAN PROFESION SAKA
Daalam masyarakat Melayu saka ada berbagai jenis yang bersandarkan kepada jenis ilmu dan amalan salah yang melibatkan jin dan syaitan. Ianya pula berkait rapat atau bergantung pula kepada jenis-jenis jin atau syaitan yang digunakan tersebut. Secara mudahnya, jenis saka ini dikenal dari dua sudut iaitu dari sudut ilmu dan amalan yang digunakan dan sudut kedua ialah jenis-jenis jin dan syaitan yang digunakan.
A. SAKA DARI SUDUT ILMU DAN AMALAN YANG DIGUNAKAN
i. Saka silat
ii. Saka kebal
iii. Saka penggerun
iv. Saka penunduk
v. Saka syarat tubuh
vi. Saka seri muka
vii. Saka kuat nafsu
viii. Saka pagar rumah
ix. Saka kuat kerja
x. Saka kasih sayang
xi. Saka sedap masakan
xii. Saka sedap suara
xiii. Saka pukau
xiv. Saka halimunan
xv. Saka kaya
xvi. Saka pelaris dan sebagainya.
B. SAKA DARI SUDUT JENIS-JENIS JIN DAN SYATAN YANG DIGUNAKAN
i. Saka harimau
ii. Saka buaya
iii. Saka hantu raya
iv. Saka pelesit
v. Saka khadam ayat
vi. Saka bunian
vii. Saka ular
viii. Saka bajang
ix. Saka jembalang
x. Saka hantu pocong
xi. Saka polong dan sebagainya.
TANDA-TANDA SESEORANG ADA ATAU
MEMBELA SAKA
1. Tanda-tanda pada fizikal iaitu dalam keadaan seperti :- jika ayah(usul) bertubuh sasa maka anak lelaki juga mempunyai bentuk sasa, jika si ayah kurus kering maka si anak juga kurus kering.
2. Berbagai penyakit yang ada pada anak cucu sama seperti penyakit usul (ayah sebelah ke atas). Contoh, usul mengalami sakit sendi maka si anak cucu akan mengalami sakit sendi yang sama. Jika si usul gagap maka si anak cucu ada yang gagap. Jika si usul selalu sendawa, sembelit dan sebagainya maka samalah berlaku pada si anak cucu.
3. Persamaan sifat dan tingkah laku antara usul dengan anak cucu juga menandakan anak cucu mewarisi saka dari usul mereka. Jika si usul bersifat garang, pemarah maka si anak cucu akan mewarisinya. Jika si usul pengasih, pelembut maka si anak cucu ada yang mewarisinya. Jika si usul pengotor, pembersih, rajin, malas, suka tidur, kuat makan , maka si anak cucu akan mewarisi salah satu daripadanya.
4. Jika si usul boleh nampak hantu, boleh mendengar perbualan orang, boleh meneka dari pandangan mata orang lain, boleh mengetahui barang hilang, mendapat alamat seseorang akan meninggal dunia maka anak cucu juga akan mendapat sifat yang sama dan itulah antara saka mereka.
5. Tidak berani bertentang mata dengan orang yang berilmu pengetahuan agama yang tinggi dan beramal dengan ilmunya.
6. Dia mengetahui apabila ada orang yang menjelirkan lidah di belakangnya dan akan berpaling secara automatik.
7. Meminta disembelihkan kambing atau inginkan darah kambing dalam pengubatannya
8. Membaca jampi mentera yang tidak difahami
9. Menulis dan memakaikan pesakit tangkal azimat yang tidak difahami
10. Mendakwa kononnya mengetahui perkara-perkara ghaib.
CARA MENERIMA SAKA
Saka diterima berdasarkan cara dan bagaimana yang bersesuaian dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan. Mungkin ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Penulis cuba untuk membahagikan peringkat penerima saka oleh seseorang kepada berikut :-
1. Dengan cara si pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka
secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang
menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin
yang nak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau
tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang
sanggup menerima saka.
2. Saka juga boleh masuk walaupun si anak cucu menolak keras
atau dengan erti kata lain memang tidak mahu menerima saka
tersebut.
3. Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa dengan pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.
4. Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan tuannya.
3. Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap”Engkau terima ini ye”, maka jawab orang yang menerima “saya terima”
4. Melalui ucapan pun boleh seperti kata “ Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Ialah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.
5. Kaedah yang agak rumit sikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.
6. Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.
7. Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatan hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagai dan adaklanya mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.
KESAN SAKA
Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam
kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis
kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial
dan sebagainya.
Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk
halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke
segenap aspek kehidupan manusia. Dengan sebab saka, manusia boleh
mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri,
menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah
dengan Islam dan sebagainya.
Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama
manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah
s.w.t dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-
“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu
Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu
telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu;
“Wahai Tuhan kami,
sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”.
A. KESAN DARI SUDUT AGAMA
1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.
2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.
B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL DAN LAIN-LAIN
1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.
2. Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.
3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.
4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.
5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.
6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.
7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.
8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.
CARA MUDAH MENGETAHUI ATAU MENGESAN
SAKA, JIN , SETAN ,IBLIS
ILMU YANG BERKADAM, SIHIR
ATAU SEGALA YG BERKAITAN DENGAN MAHLUK HALUS
ATAU GANGGUAN
Cara pengesanan / scan diri sendiri ini , dapat dilakukan melalui zikir pada bila bila masa sahaja tetapi usahakan waktu didalam keadaan tenang dan keadaan berseorangan untuk dapat merasai atau tanda tanda yang terjadi pada dirinya sendiri dan boleh dilakukan untuk menetahui / scan budak kecil dibawah umur ahlil balik 12 tahun
1 . UNTUK DEWASA 12 KEATAS
1. Tujukan untuk diri sendiri
2. Sewaktu membaca zikir
istifar 3 x
syahadah / mengucap 7 x
pegang urat nadi tangan kiri dengan jari telunjuk
3. selebihnya teruskan zikir seperti biasa
4. Jika anda tidak merasai apa bila buat sekali, buat lagi hari keesokannya
sampai 7 x selama 7 hari, karana ada kadang kadang dijumpai jin, setan , iblis
yang kebal akan ayat / zikir. Knp diulang karana nk mendapatkan keyakinan
5. Untuk yang sudah merasai tanda tanda yang disebutkan dalam keterangan
dibawah , infokan pada ustad atau pengamal pengobatan untuk
mendapatkan rawatan lebih lanjut.
CARA
1 . fatehah rosululoh 1 x
2. fatehah muslimin / muslimat 1 x
3. fatehah kedua orang tua 1x
4. fatehah diri sendiri 1 x
Istifar 3 x
Syahadah / Mengucap 7 x
Bismilah irahman nirahim 33 x
Al fatehah 33 x
Ayat kursi 33 x
apabila anda mengamalkan merasai tanda tanda
panas, seram sejuk, pitam, mamai, pening, letih, penat, lemah, lesu,
bahang, ngantuk, meremang, ade bende berjalan pada badan,
gemetar, mengigil, mual, muntah, sendawa, terasa cengkaman,
lupe ayat, menangis, tak tenang, menggelabah tak tentu hala,
gatal,
2. UNTUK BUDAK KECIL 12 TAHUN KEBAWAH
1. Baca ketika anak / cucu sedang tidur
2. letak tangan diatas kepala/ ubun ubun budak kecil
BACA
1 . fatehah rosululoh 1 x
2. fatehah muslimin / muslimat 1 x
3. fatehah kedua orang tua 1x
4. fatehah diri sendiri 1 x
istifar 3 x
syahadah / mengucap 3 x
Bismilah irahman nirahim 11 x
Al fatehah 21 x
Ayat kursi 33 x
TANDA TANDA GANGGUAN
1. Perhatikan tangan , kaki atau keseluruhan badan budak , jika time dibacakan
akan adanya protek bergerak gerak
2. Anak tiba tiba bangun seperti orang lain
3. Anak akan terperanjat dan menangis seolah olah ada yang memukul
atau mencubitnya
4. Anda sendiri akan rasa sendawa, bahang dan panas
5. Ruangan akan berasa lain dan pelik , kadang diruangan akan terdengar
bunyi bunyian, seperti hewan atau berbagainya
6. Cara ini hanya untuk mengetahui / scan pada budak kecil sahaja , jangan
teruskan merawat karana bila kerohanian anda tidak kuat maka anda akan
sakit dan terkena gangguan dari pada mahluk jin setan iblis yang duduk pada
budak tersebut.
7. sila hubungi ustad atau pengamal perobatan untuk mendapatkan rawatan
lebih lanjut agar tidak semakin lebih parah atau susah .
MOHON PETUNJUK
Begitu bnyaknya perawat dengan berbagai kategori dan ilmu serta pandangan mereka mengenai sakit baik jahir atau batin, kadang membuat pesakit akan binggung dan ikut pada lojik akal karna terpengaruh oleh kata kata perawat, padangan dari rekan rekannya , saudaranya , atau orang tuanya sendiri,
Mereka semu benar karna mereka mencadangkan sesuatu yang baik , tetapi disitulah kite kehilangan kepercahayaan pada kerohanian kite sendiri, sedangkan kerohanian kite sendiri itulah yang harus di utamakan dari segi FEELING HATI / PERASAAN QOLBU.
FELLING HATI / PERASAAN QOLBU inilah yang kena diikutkan disitulah kite yakin pada diri sendiri , karna kerohanian seseorang itu letaknya atau bermulanya didalam QULBUNYA SENDIRI yang berhubung dengan allah. Pangdangan rohani inilah yang kena diturutkan karan disitulah ada pandangan benih suci tuhan yang tau segalanya.
Untuk membuat yakin pandangan kite tentu kite benar maka sebagai orang yang beragama maka mohonlah petunjuk dengan cara yang ditepapkan sesuai agama dan kepercayaann kite terutamanya sariat islam. dengan cara
SEBELUM MULA SHOLAT
ISTIFAR 3 KALI
SHOLAWAT 3 KALI
SYAHADAH 3 KALI
SHOLAT TAUBAT 2 RAKAAT
SHOLAT HAJAD 2 RAKAAT
SHOKAT ISTIHARAH 2 RAKAAT
ISTIFAR 3 KALI
SYAHADAH 3 KALI
SHOLALAWAT NABI 7 KALI
AL FATEHAH 41 KALI
Di alfatehah ke 41 kali...sampai ayat
IYA KANAK BUDU WAIYA KANAS TAIN. ( mohonlah hajad disini ) dan sambung lagi ayat seterusnya
WAKTU SHOLAT LAKUKAN LEPAS SHOLAT ISYA ATAU DISEMUA WAKTU
KARNA MEMOHON HAJAD DAN BERHUNG DENGAN ALLAH TIDAK ADA MASSA , 24 JAM ITULAH MASANYA TETAPI PALING BAIK IKUT SEPERTIGA MALAM MELAKUKANYA MENGIKUT SUNAN BAGINDA ROSULOLOH NABI BESAR MOHAMAD SAW.
LAKUKAN SELAMA SAMPAI DAPAT PETUNJUK DAN PALING LAMA BUAT 41 KALI SETIAP MALAM TANPA PUTUS KARANA TIDAK PUTUSNYA AMALAN KITA BUKTI KESUNGGUHAN KITA MEMOHON PETUNJUK ALLAH
Dan mohonlah agar diberi petunjuk perawat yang diusulkan oleh kawan , rekan , saudara bahkan orang tua kita sendiri , mana yang berjodoh untuk merawat sakit atau masalah kite..insya allah nanti akan ade gerak hati dan pentunjuk perawat itu.dan kalau belum dapat lakukan lagi setiap malam sampai menjumpainya atau dibagi petunjuk oleh allah..
Jadi sebelum pesakit melakukan apa apa rawatan dengan siapa siapa ponm, mohonlah petunjuk allah agar di beri petunjuk perawat mane yang berjodoh / mampu menyelesaikan apa apa masalah pesakit , baik jahir , batin , saka , sihir dan berbagainya terlebih dahulu
tujunya agar kite tidak kebiungan, dan salah pilih perawat karana begitu bnyaknya perawat dan penyerahan kita terhadap dengan allah masih tetap terjaga dalam keadaan apa pon.
karana segala sesuatu itu datangnya dari allah dan kembali ponm pada allah..jadi mohonlah petunjuk allah ,siapa perawat yang boleh menyelesaikan penyakit itu...insya allah
Bagi rekan rekan yang membaca post ini tolong sheare, karana info ini sangat berguna bagi rekan rekan yang mengalami masalah atau sedang ditimpa kesusahan tetapi memerlukan petunjuk..insya allah
MASTER AJIE
0192873134
PUSAT RAWATAN SYAHADAH
Bonus Koin 55.000
ReplyDeleteDengan Total Deposit / Pindah Dana
============= BONUS RELOAD KETIGA DARI POKERAYAM ==================
|POKER | CEME | DOMINO99 | OMAHA | SUPER10
BONUS HARIAN YANG BERAGAM BISA DIDAPATKAN
MELAYANI SEMUA BANK DI INDONESIA
BANK NASIONAL + BANK DAERAH |
BBM : D8C0B757
WhastApp : 0812-2222-1680
Lnk : P0KERAYAM .CO