Ramai pesakit saya yang musykil tentang panggilan yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu tentang Mahkluk halus yang mengganggu atau mendamping sesaorang jadi saya di sini ingin berkongsi serba sedikit dari pengalaman saya dengan izin ALLAH.
1. Apa itu Saka.............. Saka adalah dari belaan orang tua-tua atau dari warisan dahulu(atuk moyang)yang banyak digunakan untuk tujuan berperang,berkebun,menjaga kebun,kebal,boleh ghaib,kecantikkan,sihir,kekuatan, bersilat dan sebagainya yang digunakan oleh orang-orang dulu.Tetapi sekarang masih ada individu yang mengamalkan. Kebanyakan Saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang berugama atau pun tidak.Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya, ada yang setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun, Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan.
Apabila tuannya meninggal dunia Saka ini akan memilih untuk mendampingi waris tuannya atas pilihan tuannya atau atas pilihan saka tersebut,diantara anak atau cucu tuan lamanya.Kebanyakkan waris yang mempunyai saka tersebut tidak tahu menahu tentang adanya saka didirinya sehingga berlakunya gangguan terhadap diri tersebut.Ada yang mengetahuinya tetapi merahsiakan tetapi tidak dapat mengawal Saka tersebut hinggalah saka tersebut melakukan sesuatu atas tujuan yang tertentu.
Saka juga boleh berlaku kepada individu yang menuntut ilmu kebatinan yang terpesong dari akidah Islam. Tujuan yang sama untuk pendinding badan, perniagaan, pengaruh, kebal, kecantikkan dan sebagainya.Ada juga individu ini menggunakan mahkluk ini sebagai tangkal, cincin, minyak wangi, susuk atau wafak sebagai tempat mahkluk tersebut duduk.Boleh juga dipanggil Kadam, apabila tuannya dalam keadaan nazak mahkluk ini akan berpindah kepada pewaris yang lemah atau yang disukai.
Pada hari ini ramai yang saya jumpa mereka memakai cincin yang orang kata ada isi,cuba anda tanya kepada kawan-kawan anda yang memakai cincin yang pelik-pelik,tentu sekali mereka akan berkata dengan yakin.........untuk pendinding,pelaris,ong dan sebagainya.Cuba fikirkan..
SINTOM GANGUAN SAKA
1 - Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik. Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.
2 - Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.
3 - Gangguan pemikiran iaitu fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.
4 - Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.
5 - Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.
6 - Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.
7 - Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.
8 - Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.
9 - Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.
10 - Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.
11 - Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya.
12 - Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.
13 - Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis saka akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya.
14 - Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau saka atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.
15 - Gangguan jin dan saka juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang.Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.
16 - Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.
17 - Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan saka boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Saka juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.
CARA MUDAH MENGETAHUI
SAKA, JIN , SETAN ,IBLIS
ILMU YANG BERKADAM
ATAU SEGALA YG BERKAITAN DENGAN MAHLUK HALUS
ATAU GANGGUAN
Cara pengesanan / scan diri sendiri ini , dapat dilakukan melalui zikir pada bila bila masa sahaja tetapi usahakan waktu didalam keadaan tenang dan keadaan berseorangan untuk dapat merasai atau tanda tanda yang terjadi pada dirinya sendiri dan boleh dilakukan untuk menetahui / scan budak kecil dibawah umur ahlil balik 12 tahun
1 . UNTUK DEWASA 12 KEATAS
1. Tujukan untuk diri sendiri
2. Sewaktu membaca zikir
istifar 3 x
syahadah / mengucap 7 x
pegang urat nadi tangan kiri dengan jari telunjuk
3. selebihnya teruskan zikir seperti biasa
4. Jika anda tidak merasai apa bila buat sekali, buat lagi hari keesokannya
sampai 7 x selama 7 hari, karana ada kadang kadang dijumpai jin, setan , iblis
yang kebal akan ayat / zikir. Knp diulang karana nk mendapatkan keyakinan
5. Untuk yang sudah merasai tanda tanda yang disebutkan dalam keterangan
dibawah , infokan pada ustad atau pengamal pengobatan untuk
mendapatkan rawatan lebih lanjut.
CARA
1 . fatehah rosululoh 1 x
2. fatehah muslimin / muslimat 1 x
3. fatehah kedua orang tua 1x
4. fatehah diri sendiri 1 x
Istifar 3 x
Syahadah / Mengucap 7 x
Bismilah irahman nirahim 33 x
Al fatehah 33 x
Ayat kursi 33 x
apabila anda mengamalkan merasai tanda tanda
panas, seram sejuk, pitam, mamai, pening, letih, penat, lemah, lesu,
bahang, ngantuk, meremang, ade bende berjalan pada badan,
gemetar, mengigil, mual, muntah, sendawa, terasa cengkaman,
lupe ayat, menangis, tak tenang, menggelabah tak tentu hala,
gatal,
2. UNTUK BUDAK KECIL 12 TAHUN KEBAWAH
1. Baca ketika anak / cucu sedang tidur
2. letak tangan diatas kepala/ ubun ubun budak kecil
BACA
1 . fatehah rosululoh 1 x
2. fatehah muslimin / muslimat 1 x
3. fatehah kedua orang tua 1x
4. fatehah diri sendiri 1 x
istifar 3 x
syahadah / mengucap 3 x
Bismilah irahman nirahim 11 x
Al fatehah 21 x
Ayat kursi 33 x
TANDA TANDA GANGGUAN
1. Perhatikan tangan , kaki atau keseluruhan badan budak , jika time dibacakan
akan adanya protek bergerak gerak
2. Anak tiba tiba bangun seperti orang lain
3. Anak akan terperanjat dan menangis seolah olah ada yang memukul
atau mencubitnya
4. Anda sendiri akan rasa sendawa, bahang dan panas
5. Ruangan akan berasa lain dan pelik , kadang diruangan akan terdengar
bunyi bunyian, seperti hewan atau berbagainya
6. Cara ini hanya untuk mengetahui / scan pada budak kecil sahaja , jangan
teruskan merawat karana bila kerohanian anda tidak kuat maka anda akan
sakit dan terkena gangguan dari pada mahluk jin setan iblis yang duduk pada
budak tersebut.
7. sila hubungi ustad atau pengamal perobatan untuk mendapatkan rawatan
lebih lanjut agar tidak semakin lebih teruk
MASTER AJIE
0192873134
PUSAT RAWATAN SYAHADAH
Bonus Koin 55.000
ReplyDeleteDengan Total Deposit / Pindah Dana
============= BONUS RELOAD KETIGA DARI POKERAYAM ==================
|POKER | CEME | DOMINO99 | OMAHA | SUPER10
BONUS HARIAN YANG BERAGAM BISA DIDAPATKAN
MELAYANI SEMUA BANK DI INDONESIA
BANK NASIONAL + BANK DAERAH |
BBM : D8C0B757
WhastApp : 0812-2222-1680
Lnk : P0KERAYAM .CO