Dalam kita sibuk mencari ilmu baik belajar secara formal atau tidak formal, perkara yang paling utama sekali adalah soal keberkatan. Keberkatan ilmu ini penting bagi memastikan ilmu yang kita dapat diredhai Allah SWT. Bagi seorang yang bergelar pelajar, keberkatan ilmu sangat perlu dititikberatkan.
‘Orang-orang tua sering berpesan tentang berkat. “Jangan kurang ajar dengan guru-guru, tak berkat ilmu kamu”, ”Jangan ponteng kelas, hilang berkat”, “Jangan meniru, jangan mengumpat cikgu di belakang, jangan riak kalau kamu pandai,dan pelbagai lagi “jangan” yang dikaitkan dengan keberkatan.
Semaklah kembali adab-adab kita sebagai penuntut ilmu. Bagaimana ilmu mahu berkat jika tiada hormat pada yang menyampaikan ilmu?
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kami diperintahkan supaya tawadhu’ kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya (guru atau ulama’)
Keberkatan juga boleh hilang jika ilmu yang dicari digunakan untuk bermegah-megah. Semakin berilmu, semakin pula merasakan diri hebat. Rakan-rakan yang lebih rendah pencapaiannya dirasakan tidak sama level dengan dirinya. Maksud sebuah hadis riwayat Ibn Hibban: “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Jangan pula mengharapkan ilmu itu berkat jika dicampur baurkan dengan maksiat. Sedarlah bahawa ilmu itu suci, ibarat cahaya yang terang. Takkan hadir pada hati yang penuh kotor dengan maksiat, gelap tidak bersinar.
Tidak dinafikan, ada saja manusia yang berjaya walaupun adab pada guru tidak dijaga. Ada saja yang cemerlang walaupun meninggalkan solat, melanggar hukum-hukum Allah. Bagaimana mereka boleh berjaya jika ilmu tiada berkat?
Keberkatan dan kejayaan itu sesuatu yang berbeza. Sama halnya antara keberkatan dan kekayaan. Keberkatan tidak boleh ternilai dengan mata kasar. Berkat atau barakah itu sendiri bermaksud bertambah dan berkembang, manakala Al Isfahani mendefinisikannya sebagai tetapnya kebaikan Allah dalam sesuatu perkara. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah, tapi kerana tiada keberkatan, ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung tidak membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. Berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat.
Bismillahirrahmannirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui..... Saya telah menarik balik keizinan mengajar kepada sesiapa yang telah mempelajari ilmu tenaga dalam & Kebatinan Quantum Hikmah.
Segala ilmu yang dimilikinya hanya boleh digunakan untuk diri sendiri dan keluarga... Tidak dibenarkan untuk diajarkan kepada orang lain....
Sesiapa yang ingin mengajarkan kepada masyarakat umum harus meminta keizinan terlebih dahulu dan akan diberikan surat Tauliah untuk mengajar....
Hanya Allah SWT yang menjadi saksi di dunia dan di akhirat nanti..... Wasalam.
No comments:
Post a Comment