Friday, 25 August 2017

HORMAT GURU RAIH KEBERKATAN ILMU

Pelajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormatkepada guru yang banyak berjasa dalam mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan gurumestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk kitajadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya.Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap.

Kita pernah mendengar kisahbagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmupengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya.

Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi beliau tidak terus bertanyakepada gurunya itu mengenai perkara tersebut. Setelah beliau besar dan dilantik menjadikhalifah lalu dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkanbeliau tidak membuat apa-apa kesalahan.

Lalu dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hatirakyat jelata walau pun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah nanti kerana doaorang yang dizalimi merupakan doa yang maqbul.

Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingatikezaliman khalifah walau pun kecil.

Mendengar penjelasan gurunya lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini

Bismillahirrahmannirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui..... Saya telah menarik balik keizinan mengajar kepada sesiapa yang telah mempelajari ilmu tenaga dalam & Kebatinan Quantum Hikmah.

Segala ilmu yang dimilikinya hanya boleh digunakan untuk diri sendiri dan keluarga... Tidak dibenarkan untuk diajarkan kepada orang lain....

Sesiapa yang ingin mengajarkan kepada masyarakat umum harus meminta keizinan terlebih dahulu dan akan diberikan surat Tauliah untuk mengajar....

Hanya Allah SWT yang menjadi saksi di dunia dan di akhirat nanti..... Wasalam.

No comments:

Post a Comment