5 JENIS Sihir PENGHALANG - PENUTUP
Sihir PENGHALANG atau orang lain sebut jugak dengan berbagai nama seperti PELALAU - PENUTUP - PENGUNCI ini, biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin yang dikirimkan yang fungsinya untuk menghalangi.
Pesakit - pesakit yang mengalami sihir ini, kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin ini lah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, was - was, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang BERLANJUTAN menjadi sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), depresi, anxiety, sakit kepala, bahu, pinggang dan jadi bad mood.
Sihir PENGHALANG ini terbagi menjadi 5 jenis
1. Sihir penghalang perniagaan
2. Sihir penghalang perkerjaan
3. Sihir penghalang pembelanjaran - belajar
4. Sihir penghalang perkahwinan - jodoh
5. Sihir penghalang nafsu - kunci nafsu
.....
#SIHIR PENGHALANG PERNIAGAAN atau biasa orang sebut dengan nama SIHIR PERNIAGAAN ini sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan.
Sihir perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniaggan itu.
Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang perniagaan.
1. Pendapatan berkurang seperti biasanya dan makin lama akan makin sepi.
2. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
3. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan atau aura jadi suram.
4. Kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
5. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu atau muntah.
6.Munculnya banyak binatang seperti lipas, semut, cicak, ulat, pelesit, tikus dan lain lain.
7. Pekerja jadi sering bergaduh, sakit dan kadang sampai membenci pemilik perniagaan.
8. Kadang kadang terjumpa barang pelik dalam kedai atau luar kedai, seperti duit siling, kain, tanah, gula gula.
9. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan jika ingin pergi tempat perniagaan. Tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.
.....
#SIHIR PENGHALANG PEKERJAAN. Sihir ini bertujuan untuk menghalangi dari mencari rezeki samada di tempat kerja - pejabat atau premis perniagaan tetapi sihir ini dikenakan pada orang tersebut dan bukan pada permisi atau tempat.
Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang pekerjaan.
1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.
4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.
...
SIHIR PENGHALANG PEMBELAJARAN. Sihir jenis ini biasanya jin akan dihantar dan masuk kedalam badan dan membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah dan ada jugak yang anak jadi melawan orang tua.
Kita ingat keadaan keadaan yang berlaku ini adalah hal normal yang mungkin kesan dari PENGARUH TEMAN atau pun sifat anak anak yang NAKAL biasa dan kita hanya memarahi sahaja dan tak kan perasaan bahwa keadaan yang berlaku pada anak adalah karna ada gangguan jin yang disebapkan sihir.
Sihir yang macam ini biasanya adalah karna seseorang dendam atau iri akan keadaan kita dan keluarga kita yang harmonis.
Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang pembelajaran
1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dll.
5. Anak sering mengadu sakit kepala, bahu, pinggang dan biasa kita anggap itu sakit biasa.
.....
#SIHIR PENGHALANG PERKAWINAN atau JODOH. Sihir ini dikhususkan untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang atau susah jodoh.
Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang perkahwinan - jodoh.
1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badan nya.
2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.
...
SIHIR PENGHALANG NAFSU atau SIHIR KUNCI NAFSU ini adalah Sihir yang mengakibatkan pasangan suami-isteri tidak dapat melakukan persetubuhan secara normal seperti biasanya disebabkan oleh jin yang menutup alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan tidak bisa bangun atau mengganggu pikiran baik lelaki dan perempuan sehingga hubungan menjadi singkat dan kadang tidak jadi.
Kunci nafsu ini biasanya menyerang tiga titik utama dalam badan :
Bagian kepala :
Jika bagian ini ditutup atau dikunci maka pemikiran akan bersetubuh menjadi terganggu dan kadang keinginan itu menjadi hilang.
Bagian perut :
Bagian ini adalah pusat tenaga pada badan jika ditutup atau dikunci maka saya kekuatan pada lelaki atau pun kemauan ianya hilang seperti tenaga jadi tiba tiba hilang dan tidak semangat.
Bagian alat kelamin :
Pada lelaki jika bagian ini ditutup atau dikunci maka burung kesayangan tidak bisa bernyanyi merdu dan pada wanita boleh rasa nyeri atau pun berbau tak sedap dan longgar.
Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang nafsu atau sihir kunci nafsu.
1. Suami tidak dapat bersetubuh dengan isteri biarpun pada awalnya mempunyai ketegangan alat kelamin suami. Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu. Penulis pernah menemui pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapu tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.
2. Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat - menjadi keras bukan atas kehendaknya sendiri dan menyebabkan suami gagal bersetubuh.
3. Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat pada saat persetubuhan yang dilakukan.
4. Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.
5. Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh. Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.
6. Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.
7. Kami ada juga menemui beberapa pasangan suami-isteri yang telah bernikah selama 5 hingga 7 tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi.
8. Apa bila dapat bersetubuh, akan merasa kemaluan istri terasa longgar dan besar sehingga tidak dapat menikmati
9. Dan begitu jugak sebaliknya istri akan merasa kemaluan suami akan terasa kecil sehingga akan merasa tidak ada kenikmatan saat bersama.
10. Jauh bernafsu tetapi apa bila dekat istri nafsu itu menjadi hilang untuk melakukan hubungan.
11. Apa bila jauh burung bisa bangun tetapi apa bila ingin melakukan hubungan burung jadi lembek.
12. Biasanya normal kuat tetapi jika terkunci burung bisa masuk tetapi belum 1 menit sudah tidur.
13. Terutama lelaki burung bisa terus tak bisa bangun dekat istri tetapi jika dia keluar cari pasangan lain burung akan normal bisa bernyanyi.
14. Begitu jugak sebaliknya istri dengan suami hilang mood tetapi jika bukan dengan pasangan maka nafsu itu timbul.
15. Hilang rasa keinginan untuk bersama berbulan bulan bahkan ada yang bertahun.
Apa bila anda mengalami tanda tanda seperti yang saya tulis diatas insya Allah Pusat Rawatan kami dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
❤️ Dan kami juga menyediakan KHIMAT RAWATAN ISLAM baik BERHADAPAN atau pun ALTERNATIF secara JARAK JAUH.
------------------
💛 Ikhtiar rawatan penyakit FIZIKAL atau pun ROHANI, emosi, mental, gangguan, sihir dan saka, susuk, buang ilmu hitam dan lain-lain.
-----------------
🌎🧍♂️Penyakit FIZIKAL seperti:
#Kolestrol #batukarang #kanser #busung #gout #buahPinggang #stroke #tulangbelakang #lemahJantung #kencingmanis #sakitkepala #ketumbuhan #demampanas dan lain2 penyakit berkenaan fizikal.
🔥🧍♂️Penyakit berkenaan ROHANI:
#Terkenapengasih #Sihir #saka #santau #pulihsemangat #GangguanJin #PagarRumah #PagarKedai #GangguanHalus #kesurupan #kerasukan dan lain2 penyakit berkenaan KEROHANIAN atau GAIB.
💗" ALLAH tidak akan merubah suatu KAUM kecuali kaum itu merubahnya sendiri " 💗
📱 Sila whatsapp saya untuk pertanyaan lanjut dan rawatan >>> 👇👇👇
Master Ajie
Call - Whatsapp
0192873134
https://masterajie.wasap.my/
https://masterajie.wasap.my/
https://masterajie.wasap.my/
melayani perkhidmatan rawatan berhadapan atau IkhtiarRawatanJarakJauh
No comments:
Post a Comment