Tuesday, 29 December 2015

PENGAKUAN & KEAKUANKU

Keakuanku tidak sama dengan akunya orang lain
Apalagi orang kebanyakan
Dan tidak pula seperti orang yang berakuan
Sebagai orang kemasukan atau kesurupan
Yang mana tak sedar bilamana Aku-nya tiba

Aku-ku tetap Aku
Iaitu ‘A’-ku dari Yang Maha Pengasih
Ini dapat kuketahui setelah aku
Dapat mengenal dan menemui diriku sendiri
Dengan rahsianya yang tersendiri pula

Sehingga dapat pula aku mengenal
Yang mana Aku yang sebenarnya.
Dan adalah perjalananku semenjak
Aku dapat menemuinya ialah
Mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan

Pengakuanku ialah,
“Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.”

Cubit CubiT SayanG
Salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

No comments:

Post a Comment