Wednesday, 20 November 2019
15 TANDA TERKENA SANTAU
SCAN PENYAKIT DALAM DIRI SENDIRI
1. UNTUK BUDAK KECIL 12 TAHUN KEBAWAH
Scan ini dibuat sebagai contoh anak, adik atau cucu tiba tiba sahaja demam, menangis tak berhenti, ketakutan, badan mengeletar tetapi tak tau punca apa yang terjadi dan dibawa kedokter tetapi tidak mengalami perubahan. Maka cara ini boleh dilakukan oleh kedua orang tuanya atau pun nenek atau kakeknya atau pun abg dan kakaknya yang jelas seseorang yang sudah melebihi umur 21 tahun keatas.
Sebelum memulakan hendaknya berwudhu terlebih dahulu dan kemudian sholat hajad dua rekaat dan kemudian selepas sholat hajad berdoalah “ YA ALLAH tunjukanlah dengan kuasamu apakah anak, adik, cucu saya ini mengalami gangguan dengan rahman dan rohimmu “ AL FATEHAH
Kemudian :
1. Baca ketika anak, adik atau cucu sedang tidur
2. letak tangan kanan diatas kepala ubun2 anak tersebut dan kemudian baca :
( Gambar hiasan )
1. Al fatehah kepada NABI MOHAMAD SAW 1 kali
2. Al fatehah kepada MUSLIMIN & MUSLIMAT 1 kali
3. Al fatehah kepada KEDUA ORANG TUA 1 kali
4. Al fatehah kepada DIRI SENDIRI 1 kali
Kemudian membaca :
Istifar 3 kali
Bismilah irahman nirahim 11 kali
Sholawat nabi 7 kali
Syahadah ( mengucap ) 7 kali
Al fatehah 7 kali
Ayat kursi 11 kali
Jika saat dibacakan dari mula anak, adik atau pun cucu mengalami tanda tanda dibawah ini, maka anak tersebut memang mengalami gangguan jin atau mahluk halus dan tanda tandanya adalah sebegai berikut
1. Perhatikan tangan, kaki atau keseluruhan badan anak, jika saat dibacakan adanya bergerak gerak dibadan, tangan atau seluruh badan.
2. Anak tiba tiba bangun seperti orang lain.
3. Anak akan terperanjat dan menangis seolah olah ada yang memukul atau mencubitnya.
4. Anda sendiri akan rasa sendawa, bahang dan panas
5. Ruangan akan berasa lain dan pelik , kadang diruangan akan terdengar bunyi bunyian, seperti hewan atau berbagainya.
Apabila keadaan keadaan diatas anda melaluinya dan melihatnya saat dibuat scan maka boleh dipastikan anak, adik atau cucu memang mengalami gangguan. Dan perlu diingat cara ini hanya untuk mengetahui atau scan anak kecil dibawah umur 12 tahun tetapi cara ini bukan untuk merawatnya.
Nota:
“Saya tidak syurkan cara diatas bukan untuk merawat dikarnakan jika anda tidak kuat maka anda boleh mengalami sakit akibat diserang mahluk yang duduk pada anak, adik atau cucu. Dan jika pasti ada maka carilah perawat yang memang berkebolehan dalam bidangnya”
2. SCAN DALAM DIRI UNTUK UMUR 13 TAHUN KETAS.
Cara yang kedua ini adalah untuk kita sendiri mengetahui adalah sakit, masalah rejeki, susah jodoh, rumah tangga atau lain lain yang kita lalui berhubung dengan mahluk halus sihir atau saka atau pun melibatkan jin.
1. Al fatehah kepada NABI MOHAMAD SAW 1 kali
2. Al fatehah kepada MUSLIMIN & MUSLIMAT 1 kali
3. Al fatehah kepada KEDUA ORANG TUA 1 kali
4. Al fatehah kepada DIRI SENDIRI 1 kali
Kemudian membaca :
Istifar 11 kali
Sholawat nabi 11 kali
La ilaha illallah 11 kali
Bismilah irahman nirahim 11 kali
Syahadah ( mengucap ) 11 kali
Al fatehah 11 kali
Ayat kursi 11 kali
Jika anda mengalami keadaan keadaan seperti dibawah ini
1.Hati berdebar-debar
2.Lupa bacaan..tersasul… terhenti secara mendadak
3.Anda pening,mengantuk..rasa nak pengsan
4.Rasa mual & nak muntah
5.sakit perut secara tiba-tiba
6.Terasa pergerakan didalam badan
7.Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
8.Jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
9.Mendapat bayangan binatang berbisa,arwah yang telah meninggal @ sesuatu yang pelik
10.Nampak bebola kecil (putih/hitam@merah) di depan anda
11.Rasa seperti hendak bersilat@ tangan kaki macam hendak bergerak sendiri
12.Rasa seram terlampau @ merasa ada orang memandang
13.kaki anda tidak dapat digerakkan@ diangkat
14. Ingin menangis
15. Rasa ada yang nak marah yang tiba tiba
16. Perasaan ingin berteriak sekuat mungkin dari dalam
17. Dikepala atau hati mula berkata kata
18. Terasa gatal dan terbatuk
19. Rasa panas dan berpeluh peluh
20. Ingin sendawa yang tak henti henti
22. Terasa benda bergerak gerak dibawah kulit.
23. Rasa tetiba gatal
24. Rasa tetiba marah, benci dan dendam
25. Keluar bayangan imex imex berjubah putih, hijau, merah, kuning dan sebagainya
26. Keluar bayangan imex buaya, harimau, naga atau hewan hewan lainnya.
27. Keluar bayangan imex hantu, pontianak, pocong, tuyul dan hantu hantu lainnya.
28. Bau anyir darah atau bangkai
29. Rasa badan berbisa bisa
30. Rasa kena jerut atau terikat
Usahakan anda mengulangnya sampai 7 kali amalan diatas dikarnakan ada mahluk dari jin, setan, iblis atau saka yang kuat ianya tidak terkesan jika dibuat sekali atau pun dua kali karna mereka terlalu halus masuk dalam badan, karna itu dibuat sampai 7 hari berturut turut untuk anda segala mahluk yang dah bersarang itu keluar.
Keadaan yang kena ulang ini jika buat 2 tau 3 kali tidak nampak apa apa tanda tanda diatas tetapi mengalami sakit atau masalah yang teruk dalam hidup dan benar benar tuk pasti. Karna mahluk tersebut yang kuat ianya boleh masuk sampai jaringan paling kecil yaitu DNA atau SEL. Itu yang kena dilulang sampai 7 kali agar boleh keluar walau mereka duduk dalam DNA atau pun SEL dalam badan kita.
Nota:
“Saya tidak syurkan amalan diatas bukan untuk merawat dikarnakan jika anda tidak kuat maka anda boleh mengalami sakit akibat diserang mahluk yang duduk pada diri anda sendiri Dan jika pasti ada maka carilah perawat yang memang berkebolehan dalam bidangnya”
Dan mudah mudahan apa yang saya kongsikan ini boleh dipakai untuk tuan puan dan saya terus IZAJAHKAN untuk scan dalam diri anda sendiri. Agar dapat tau apa masalah dalam diri anda tanpa bertanya pada perawat. tetapi untuk lebih pasti dan yakin maka boleh pun bertanya pada perawat yang bersesuaian.
SAKA HARIMAU
APAKAH SAKA !!
Saka adalah makhluk halus yang dipelihara oleh orang dulu2 (biasanya) untuk menjaga rumah, tanah kebun dan keluarga. saka juga boleh jadi melibatkan ilmu atau barang barang pusaka seperti keris, tombak, batu atau pun lain lain yang melibatkan unsur jin dan makhluk halus atau pun kadam.
Antara saka yang dikatakan paling kuat ialah saka harimau. Saka harimau dikatakan boleh menjelma dan menukar rupanya dan menyerang sesiapa saja mengikut arahan tuannya.
Saka ni akan terus berdamping dengan pemiliknya, dan akan kekal selagi tidak dilepaskan secara rasmi. Saka biasanya mengadakan perjanjian darah dengan pemiliknya, bermakna perjanjian hingga ke seluruh keturunan.
Saka diturunkan, biasanya melalui dua cara.
Pertama: dengan peralihan hak saka dari generasi di atas kepada generasi di bawah. Misalnya dari seorang ayah kepada anaknya, dan anaknya hendaklah sanggup untuk menerima saka tersebut. Biasanya sebelum meninggal pemilik saka akan mewariskan saka kepada keturunannya.
Cara kedua ialah secara tidak langsung, samada apabila pewaris ini menerima barang-barang tinggalan ayah/datuk/moyangnya, atau saka tersebut mencari keturunan di bawah untuk menjadi tuannya mengikut perjanjian darah tadi.
Pemilik saka dikatakan mesti menjaga sakanya dengan baik, atau saka itu akan ‘makan tuan’. Pemilik saka ni biasanya panas baran dan tidak dapat berfikir panjang kerana ‘panas’ saka yang ada dalam dirinya.
Disebabkan saka ni boleh turun secara tak langsung, ramai yang tak sedar yang mereka mempunyai saka. Antara ciri2 pemilik saka ialah:
– sering berasa tidak tenang, gelisah, takut.
– terganggu dalam solat dan ibadah.
– fikiran sering menerawang tanpa kawalan.
– tidur yang terganggu/susah nak tidur.
– sering bermimpikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia
Walau bagaimana pun, tak semua ciri2 di atas adalah disebabkan saka. Kalau rasa ada mengalami benda2 di atas, tak boleh terus anggap ia adalah saka. Mesti cari penyelesaian lain dulu.
Perbuatan berdamping dengan saka adalah amalan syirik dan bertentangan dengan agama. Jadi sekiranya didapati ada saka yang ‘menumpang’, eloklah dibuang cepat2. Saka boleh dibuang oleh pengamal2 perubatan alternatif yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tak semua pengamal alternatif (perawat2 berkaitan jin, sihir, etc.) dapat membuang saka.
Walau bagaimanapun, janganlah kita bengang/marah/kutuk orang2 tua kita yang memelihara saka (walaupun jelas nyata perbuatan bertentangan dengan agama. Boleh jadi keadaan masa itu amat mendesak, maklumlah zaman itu mana ada pasukan polis semua, jadi salah satu usaha untuk menjaga anak isteri ialah dengan memelihara saka. Masa tu pun mungkin pengetahuan tentang agama amat kurang. Tapi bila saka tu dah sampai kepada kita, janganlah kita teruskan lagi. Buang saja.
Sebenarnya bila bercakap tentang saka ni, tak semua orang boleh terima. Maklumla, zaman dah moden kan. Walau bagaimanapun jin itu memang wujud. Nabi Sulaiman mempunyai pekerja2 dari golongan jin.
Di dalam al-Quran banyak disebut tentang Jin, sependek2 surah an-Nas, dan juga terdapat satu surah namanya surah al-Jin. Mereka adalah makhluk Allah juga, tapi mereka tidak berkuasa. Cuma jadi powerful sebab kita ni sejak kecil dah ditakut-takutkan dengan momok, hantu, jin toncet dan sebagainya.
Namun kalau mengalami masalah2 berkaitan emosi, perasaan ni, sebaiknya berjumpalah yang pakar. Jumpa doktor dulu untuk pastikan tak ada masalah berkaitan fizikal mahupun psikologi.
Maklumlah kadang2 orang yang mengalami masalah dengan otak (brain) akan mengalami perkara2 macam halusinasi, schizophrenia dan pelbagai penyakit psikologi yang dapat diselesaikan dengan kaedah perubatan dan terapi. Namun sekiranya dah disahkan tidak mengalami apa2 masalah dari segi medikal, cepat2 dapatkan perawat alternatif yang benar2 patuh syariah.
Dan dikarnakan begitu banyak perawat perawat yang ada tetapi belum tentu perawat itu mampu setlekan masalah atau clearkan saka tersebut dalam badan kita. Lebih baik bagi pesakit yang ingin mencari yang berkesuaian dengan kita, maka mohonlah petunjuk terlebih dahulu sebelum melakukan atau deal dengan perawat tersebut dengan cara sholat hajad atau istiharah.
Kenapa harus mohon petunjuk karna sebaik baik jalan adalah sebaik baik yang berpetunjuk baik memcari perawat, ilmu, belajar agama atau pun hal lain lain.
Dan sila hub kami untuk mendapat rawatan dan info lebih lanjut pasal rawatan saka, sihir dan lain lain.
MASTER AJIE ( 0192873134 )
https://masterajie.wasap.my/
https://masterajie.wasap.my/
https://masterajie.wasap.my/
PUSAT RAWATAN SYAHADAH
MANFAAT DAUN KELOR
MANFAAT DAUN KELOR UNTUK IBU HAMIL & MENYUSUI
Dengan kandungan gizi dan juga vitamin yang begitu banyaknya, daun kelor ini sangat bermanfaat untuk anak-anak, ibu mengandung, dan ibu menyusui. Karna itu disarankan agar mengamalkanya atau memakannya