SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA
Apa itu SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA ? Sihir pemisah ini merupakan sihir yang sering kali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, iri hati cemburu dan sebagainya.
Sihir ini juga dikenali sebagai sihir 'at-Tafriq' dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian tetapi sihir ini jugak bisa untuk memutuskan hubungan kekasih, pacaran atau bertunangan.
Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.
Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan jelek atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.
Antara barang yang digunakan untuk melakukan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.
Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.
Antara simptom yang sering diberitahu pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
1. Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.
2. Berlaku selisih faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menyakiti isteri atau sebaliknya.
4. Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri marah kerana curiga suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian dan begitu juga sebaliknya.
5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa nyaman sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan jelek.
7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat begitu jugak sebaliknya.
8. Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal.
9. Isteri kadang-kala meminta cerai berkali kali sambil menantang suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.
10. Apa bila bertemu rasa benci sangat dan rasa hilang sayang secara tiba tiba.
11. Apa yang dilakukan serba salah dan menjadi pertengkaran.
12. Hilang kasih sangat tiba tiba.
13.Apa bila melakukan hubungan suami istri jadi rasa tidak enak.
Jadi bila anda mengalami keadaan keadaan seperti diatas baik yang sudah menikah atau belum. Maka coba tanya PERAWAT atau orang yang mengerti akan bidang tersebut dan kami pun insya Allah dapat membantu baik dengan RAWATAN JARAK JAUH atau BERHADAPAN.
Mudah mudahan info yang kami bagi ini dapat membantu dan memudahkan tuan dan puan, agar jelas dan paham dan jika memelukan bantuan boleh hubungi kami.
Master Ajie
Call - WhatsApp
0192873134
https://masterajie.wasap.my/
https://masterajie.wasap.my/
https://masterajie.wasap.my/
Pusat Rawatan Syahadah